Antara suruhanjaya diraja dan dikambinghitamkan

Sabtu, 9 Januari 2010

Tutup jangan tak tutup, cari banyak kambing lagi baik. - Nabila

Johar

Berkatalah Ketua Pergerakan Puteri Umno Shah Alam, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, saperti yang dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini (7 Januari 2010), "tiada ada keperluan untuk menubuhkan Suruhanraya Diraja bagi menyiasat kecurian dua enjin jet pejuang F-5E milik TUDM saperti yang didesakan pembangkang"..

Berkata lagi Datin Rosnah, "pada saya untuk apa Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk kes ini, kita tidak perlu ikut rentak pembangkang, kita sudah ada agensi untuk menyiasat".

Orang yang berfikir dan memiliki fikiran terbuka merasa geli hati dengan kenyataan beliau tersebut, Tidakkah Rosnah itu mengetahui kes ini melibatkan maruah negara dan memperlihatkan kawalan keselamatan negara yang longgar., ini bukan kes curi ayam atau kecurian alat ganti kereta di bengkel., Yang di curi ialah benda besar , dua enjin pesawat milik TUDM, Orang ramai hendak tahu bagaimana ia boleh berlaku dan siapa yang terlibat.

Memang benar kerajaan ada agensinya tersendiri untuk menyiasat, soal sekarang banyak pihak meraguinya setelah Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail mengerluarkan kenyataan hanya pegawai berpangkat rendah yang terlibat dalam kecurian enjin tersebut. Yang disyaki terlibat telah dibawa ke mahkamah dan mereka tidak mengaku bersalah. Kita tidak bercakap soal itu biar mahkamah menentukannya.

Datin Rosnah perlu tahu apa yang diperkatakan banyak pihak ialah kenyataan Peguam Negara itu yang menyatakan yang terlibat cuma pegawai pangkat rendah, tidak ada pegawai berpangkat tinggi dalam TUDM yang terlibat, ini yang meragukan banyak pihak..

Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, hasil siasatan itu menunjukan seolah olahnya wujud konsprirasi untuk menghilangkan bahan bukti dan fakta kes yang yang melibatkan pegawai atasan dan pemimpin politik

Bukan pemimpin PAS sahaja yang meragui hasil siasatan itu, malah Setiausaha Pemuda Gerakan Nasional, Dr. Domonic Lau turut kurang berpuas hati dengan kenyataan Tan Sri Ghani Patail itu.

"Saya berpendapat kes ini berkemungkinan besar didalangi oleh kakitangan syarikat penyelenggaraan pesawat dan orang dalam TUDM". katanya saperti dilapor sebuah akhbar tempatan 6.1.2010..

Menurut beliau lagi, perkara tesebut melibatkan isu antarangsa, tanpa kebenaran pegawai kanan yang terlibat, pegawai berpangkat rendah tidak boleh membawa enjin tersebut ke luar negara

Hasil siasatan yang diumumkan oleh Peguam Negara turut mendapat perhatian dari Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korapsi (GERAK), pengerusinya Mohd Nazree Mohd Yunus turut tidak berpias hati dengan hasil siasatan tersebut..

"Mustahil tidak terlibat pegawai kanan tentera, pasti ada pihak yang ingin menutup kesalahan serta `mengkambinghitamkan' orang lain", lapor Sinar Harian (6 Januari 2010)

Bagi beliau jika pegawai pangkat rendah boleh menjual harta negara kepada pihak luar, adakah tidak mustahil perkara itu turut melibatkan pihak atasan
.
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua mengulas isu yang sama menjelaskan satu yang mencurigakan jika tidak ada pegawai atasan tentera yang terlibat dalam kes curi enjin pesawat TUDM itu.

"Ini seperti cerita lawak dan tidak munasah bagaimana pegawai bawahan boleh mencuri dan menjual enjin pesawat ke luar negara?, adakah perkara ini boleh berlaku dengan mudah jika tiada campur tangan pihak atasan.", katanya seperti yang dilapotkan akhbar tempatan 6.Januari 2010.

Komen dan luahan hati banyak pihak yang meragui pendedahan yang dibuat oleh Peguam Negara itu mencerminkan ada yang tidak kena dengan hasil siasatan itu, masih tidak telus lagi. Inilah sepatutnya diketahui oleh rakyat termasuk Datin Rosnah.

Oleh kerana itulah Mahfuz mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes tersebut atau memanggil sidang khas Parlimen untuk membawa usul pembentukan jawatan kuasa bebas. Akan tetapi sehingga kini Najib tidak pun lagi bertindak menubuhkan suruhanjaya itu, atau memanggil sidang khas Parlimen. Rakyat mahu kerajaan telus dalam menyiasat kes ini, jika tidak rakyat akan terus meragui siasatan tersebut..

Apabila hasil siasatan dibuat oleh Suruhanjaya Diraja, segala keraguan itu akan terjawab dan rakyat merasa lega dengan hasil siasatan suruhanjaya bebas. Inilah yang rakyat mahu, saperti kata Mahfuz sekiranya suruhanjaya itu tidak ditubuhkan, beliau akan menganggap siasatan yang diumumkan itu sebagai konspirasi pihak tertentu untuk `mengkambinghitamkan pegawai pangkat rendah bagi menyelamatkan pihak lain.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan