Kelab Penyokong PAS di Iktiraf Sebagai Dewan

Rabu, 30 Disember 2009

PAS sudah berupaya berdiri dengan teguh. Kekuatan PAS adalah kekuatan Islam. - Nabila

KUALA LUMPUR, 29 Dis: PAS menempa satu lagi sejarah dalam perjuangan dakwah dan politiknya apabila kini Kelab Penyokong PAS akan diserap menjadi Dewan Himpunan Penyokong PAS bertaraf sayap parti.

Dasar-dasar yang telah diderafkan sebagai legitimasi kepada dewan ini memberi kelansungan kepada sinar politik dan pengharapan masyarakat bukan Islam dalam meneruskan sokongan kepada PAS.

Mengupas tajuk ini, Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB menemubual Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa pada 23 Disember lalu.

Ikuti bingkisan wawancara tersebut.

Soalan: Assalamualaikum Dr Mujahid, boleh Dr jelaskan bila terbentuknya keputusan mengenai Himpunan Penyokong PAS, diperingkat pusat, dan bagaimana ia dipertimbangkan hingga terbentuknya dewan yang bersejarah ini?

Dr Mujahid: Waalaikumsalam..Terima kasih kepada pihak Harakan, ingin saya maklumkan bahawa ia bermula dengan pembentangan awal draf ini pada 'retreat' PAS Pusat Jun tahun 2009 di Alior Setar.

Kemudiannya kali kedua setelah kita buat selepas kita selesai beberapa pilihan raya kecil PRK, dalama dua tiga bulan yang sudah, kemudiannya mesyuarat terakhir baru-baru ini dibentang sekali lagi, bermakna dah tiga kali draf ini dibentang.

Draf ini yang membawa makna ia legitimasi kepada undang-undang yang membawa kewujudan kelab inilah, contohnya dia ada punya struktur sendiri, keahliannya, disiplinnya dan hak keperwakilannya ke adalam muktamar atau mesyuarat-mesyuarat PAS Pusat, negeri, hingga ke kawasan.

Ia juga ada syarat-syarat keanggotaan dan sebagainya.

Draf tersebut telah dibentang tiga kali dan pada mesyuarat terakhir kita di peringkat pusat telah bersetuju dari segi dasar yang bagi saya hampir selesai, cuma pembetulan dari segi teknikal bahasa sahaja, iaitu kita akan siapkan sebelum mesyuarat akan datang iaiatu 10 Januari 2010.

Dari segi dasar tiada masalah bahkan pada mesyuarat lalu mereka mahu namanya diberi sedikit kekuatan dengan diberi nama Dewan Perhimpunan Penyokong PAS supaya dilihat ia sayap yang berperanan penting seperti dewan lain, itu drafnya kita telah sediakan di mana bekas senator Haji Hassan Shukri selaku pengerusi.

Soalan : Baik, DR bagaimanakan kedudukan penyokong yang menjadi ahli kelab ini, terutamanya dalam muktamar dan peranan dalam PAS?

Mujahid : Kita ada cuba elakkan terutamanya soal keahlian, jika mereka ini hendak dijadikan ahli penuh maknaya kita perlu meminda perlembagaan, di mana ia akan melibatkan pendaftar pertubuhan (ROS) dan pengalaman kita dalam berurusan dengan ROS ini sebenarnya jika nak hantar satu pindaan yang besar kerana melibatkan satu prinsip atau asas dalam perlembagaan ia akan mengambil masa lama untuk ROS luluskan.

Malah ia perlu dibawa ke muktamar untuk pindaan.

Oleh kerana kita nak elak ia menjadi masalah yang panjang, kita menggunakan peruntukan (klause) yang ada dalam perlembagan kita yang menyatakan AJK PAS Pusat berhak membentuk apa-apa jawatankuasa yang dirasakan perlu.

Jadi dengan peruntukan itu, kita telah diberi kuasa menubuhkan jawatankuasa ini dan kita setuju keahlian dewan ini kehalian di peringkat dewan sahaja tak melibatkan ahli menyeluruh kerana berasaskan kepada masalah yang saya sebutkan tadi.

Namun demikian status sebagai dewan perhimpunan ini tetap beri hak hadir mesyuarat, hadir muktamar dan beri pandangan dan lebih dari itu jadi sayap parti khusus dalam persoalan bukan Islam.

Soalan : Adakah mereka juga ini ada hak untuk mengundi atau memilih perwakilan?

Dr Mujahid : Oleh kerana macam, saya kata sebentar tadi bahawa pindaan perlembagaan secara besar-besaran tidak berlaku, yang berlaku hanya klause yang menyatakan jawatankuasa boleh membentuk.

Di sana ada isu-isu yang menyentuh hak untuk mengundi di muktamar, dia tak menyebut nama dewan ini sebab belum dipinda, kita letak status mereka pemerhati rasmi, mereka berperanan macam perwakilan lain tetapi mereka tak boleh mengundi dan diundi buat masa ini, namun status itu tak kekal, maknanya ia boleh berubah tak kekal statusnya setakat itu sahaja.

Soalan : Ada keperluan ubah pada masa akan datang?

Dr Mujahid : Kemungkinana besar ada keperluannya nanti kerana kita baharu dalam peringjkat awal, ia berpadanan dengan bersifat pemerhati rasmi sahaja, namun bila kita lihat adanya keperluan kita akan pinda lagilah.

Soalan : Apakah respons penyokong bukan Islam terhadap pembentukan dewan ini?

Dr Mujahid : Sudah tentulah sebelum ini mereka setia dengan Kelab Penyokong PAS (KPP), sudah tenti bila kita (PAS) mengiktiraf mereka jadi dewan dan ada undang-undang sendiri dan boleh hadir muktamar dan mesyuarat, saya rasa itu bagi mereka yang setia bersama KPP, ini satu perubahan besar mereka yakjin masa depan dengan PAS cerah.

Dan bagi mereka yang bukan penyokong, mereka akan dapat melihat ini satu pembaharuan yang PAS lakukan bukan hanya retorik sahaja.

Soalan : Timbul persoalan, dalam menyentuh soal calon bagi Pilihan Raya Kecil mahupun Umum, adakah mereka dati kelab yang mahu menjadi calon ini boleh bertanding dengan lambang PAS, bagaimana Dr melihat ini, kerana ia pernah menjadi tuntutan KPP sebelum ini?

Dr Mujahid : Kalau kita tengok dalam draf undang0undang ini, antaranya ada disebutkan mencalonkan ataupun mencadangkan calon-calon untuk pilihan raya apabila dikehendaki atau diminta PAS Pusat, maknanya potensi mereka jadi calon ada.

Namun ianya terpulang kepada pertimbangnan PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama yang biasanya menapis calon-calon ini.

Malah ia juga bergantung kepada suatu rundingan dengan sahabat-sahabat dalam Pakatan Rakyat samada untuk letak ditempat sesuai.

Draf juga menyebut mereka boleh beri calon kepada kita untuk kita pertimbangkan, mereka bukan sahaja duduk kekal sebagai dewan tetapi nak jadi calon untuk mereka ini sebagai tidak mustahil akan berlaku.

Isu ini perlu diperincikan keperluan siapa dan dimana.Secara peribadi saya rasa sangat perlu letak calon bukan Islam kalau tak ramai beberapa indidvidu di kawasan yang staretgik

Soalan: Dengan kekecamukan parti koponen BN seperti MIC, PPP dan MCA apakah peranan dewan ini dalam mendepani kemelut ini suapay sokongan bukan Islam akan terarah kepada PAS?.

Dr Mujahid : Peranan dewan ini besar walauun kini kita tumpukan soal penjelmaan dewan ini, ini bukan mudah insyaAllah akan kita selesaikan secepatnya.

Tetapi pada waktu yang sama juga apa yang berlaku iaitu kekecamukan dalam MIC, MCA dan PPP kita di peringkat PAS memerlukan mereka sertai kita, tetapi ditegaskan mereka yang nak masuk kena yakin dasar dan perjuangan PAS dan ada syarat dalam keahlian yang mana dalam kita alu-alukan kita juga mahu penyertaan mereka dengan keyakinan dengan dasar-dasar PAS.

Kita dah siap modul untuk ahli-ahli masuk serap jadi dewan kita dan kita adakan model latihan perkenalakan PAS.

Soalan : Adakah terbentuknya dewan ini, sokongan kepada PAS akan meningkat, atau rakyat hanya akan melihat ia satu perubahan politik semata?

Dr Mujahid : Sudah tentu meningkat, salah satu sebab mengapa ditubuhkan atau angkat jadi dewan ialah kerana aktivis kelab itu mereka rasa mereka mahu lebih dihargai dan berperanan dan mereka mahu jadi sebahagian dari kita dan seterusnya orang bukan ISlam ini bila lihat serap jadi dewan mereka lebih yakin dan bukan retorik kerana kita jadikan mereka sebahagian orgnaisasi kita, ini komitmen PAS yang begitu telus dalam garap persoalan bukan Islam ini.

Ini pengiktirafan besar, kita harap ia berkembang perkenalkan PAS bukan dari ,mulut orang Islam tetapi mulut hukan Islam.

Saya juga ingin memesan, bahawa Lajnah Perpaduan Nasional mahu minta semua pengerusi lujnah negeri memberi kerjasama erat supaya usaha kelab di negeri masing-masing diberi perhatian dan disokong supaya mereka dapat diserap dengan licin dengan daftar keahlian dan struktur negeri yang lebih tersusun.

Beri kerjasama atas arahan Lunjah pastikan proses ini berjalan lancar.
Baca Lagi...

Husam: Pisahkan keluarga daripada pentadbiran

Banyak sangat kenyataan bercanggah akibat media menjadi pertaruhan. - Nabila

Abdul Rahim Sabri

Exco kanan kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa menggesa pemimpin sesebuah kerajaan, termasuk PAS, memisahkan daripada kepentingan kekeluargaan.

Dengan mengungkit semula betapa negatifnya isu tersebut pernah melanda Tun Dr Mahathir Mohamad dan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, Husam menyeru agar wujud pemisahan jelas pengaruh keluarga daripada pentadbiran negeri.

"Politik Malaysia memandang serong politik keluarga seperti ini. Kemenangan besar (BN) tahun 2004 tidak berulang.

"Isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihan raya 2008," coret Husam di blognya Cetusan Hati semalam.

"Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin- pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah pemegang kepentingan yang lebih penting daripada pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah."

Tidak jelas maksud "peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita..." sama ada merujuk pemimpin PAS atau pemimpin BN kerana sebelumnya Husam banyak merujuk kes yang melingkari barisan pemimpin utama negara.

Husam bagaimanapun menjelaskan bahawa mereka yang mahukan perubahan tidak harus terperangkap dalam kerenah yang sama.

"Keadaan (BN) nampaknya kritikal. Peluang untuk rencana perubahan mengambil tempat lebih kukuh terbuka luas. Asal pemain-pemain agenda perubahan tidak pula terperangkap dengan isu dalaman yang tidak mustahak.

"Kemuncup-kemuncup sekalipun, jika tidak diurus, boleh menghilangkan fokus dan menjadi kulit pisang yang licin dan membahayakan," tulisnya lagi.

Exco itu juga mengingatkan betapa pada penghujung era kepemimpinan Datuk Asri Muda di Kelantan, menjelang kejatuhan negeri itu ke tangan BN, PAS mendapat jolokan negatif "parti Asri sekeluarga."

Muncul ketika dua pegawai Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan digugurkan, dan desas-desus digantikan dengan mereka yang dekat dengan anggota keluarganya, coretan blog Husam ini menguatkan tanggapan bahawa pentadbiran Kelantan masih lagi bergolak.

Coretan yang penuh berlapik itu bagaimanapun tidak menyebut secara jelas perkembangan politik di negerinya, sekali gus meletakkan orang ramai dalam keadaan terus berteka-teki.

Isu dua pegawai tersebut mendapat perhatian luar biasa kerana diura-urakan berkaitan rapat dengan dakwaan wujudnya pengaruh keluarga Nik Abdul Aziz dalam pentadbiran negeri.

Setelah muncul kontroversi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman, isu pengaruh keluarga menteri besar rancak diperkatakan.

Dalam keghairahan membela suaminya Abdul Ariffahmi yang didesak meninggalkan PMBK, Nik Amalina Nik Abdul Aziz pula secara terbuka menudingkan jarinya kepada PAS dan pemimpin-pemimpin negeri tersebut.

Nik Amalina juga mengakui wujudnya perbincangan peringkat keluarganya selama beberapa kali berhubung pelantikan Abdul Ariffahmi.

Kemudian perkara ini disahkan oleh Nik Abdul Aziz sendiri dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini awal bulan ini.

Sementara itu, seorang bekas pegawai mantan menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menulis di blognya bahawa Anual Bakhri terpaksa melepaskan jawatan tersebut.

"Anual dalam pesanan mesej ringkasnya (kepada saya) sekadar berkata, 'beliau mengundur diri dalam keadaan yang sukar'," kata Anuar Hashim di Perakite semalam.

Setiausaha akhbar Nik Abdul Aziz, Mohd Saiba Yaakob, yang turut berundur, dipetik berkata beliau difahamkan Anual Bakhri digugurkan susulan pertikaian beberapa pihak kerana dianggap "gagal memberi nasihat politik yang betul kepada menteri besar dalam beberapa isu penting mutakhir ini."

Mengulas isu panas tersebut, kerana dianggap satu lagi tanda pergolakan dalaman PAS negeri, Nik Abdul Aziz hari ini bagaimanapun menafikan dua setiausahanya itu dipecat.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat Dewan Harian PAS petang ini, lapor Harakahdaily.net, beliau berkata Anual Bakhri sudah lama berniat berbuat demikian.

Pegawainya itu mahu menumpukan kepada bidang penulisan dan syarikat penerbitannya, selain masalah kesihatan anak bongsunya, lapor media rasmi PAS itu lagi.

Nik Abdul Aziz dipetik berkata pengunduran dua pegawainya itu bukan rombakan tetapi "prosedur biasa" pelantikan politik.

Beliau juga menafikan desas-desus Husam, yang hadir di mesyuarat tersebut walaupun diura-urakan tidak mahu menyertainya, meletakkan jawatan.
Baca Lagi...

Muslimat Pas Negeri digesa siap jentera hadapi bubar DUN

Persiapan jentera parti perlu dibuat sepanjang masa. - Nabila

LENGGONG - Ketua Penerangan Pas Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah menggesa supaya Muslimat pelbagai peringkat di seluruh negeri Perak menyiapkan jentera pilihan raya untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa saja.

Menurutnya, mana-mana kawasan dan juga cawangan, khususnya membabitkan jentera Muslimat yang masih belum bersiap sedia, diingatkan supaya tidak melengah-lengahkannya lagi dalam hal ini.

“Walaupun jangkaan kita sebelum ini pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan diadakan pada penghujung November, bagaimanapun tidak berlaku, tetapi tidak bererti tidak akan diadakan langsung.

“Kalaupun tidak berlaku dalam waktu terdekat, pilihan raya umum yang ke-13 pasti akan diadakan juga dan persiapan mesti kena buat juga,” katanya ketika menyampaikan taklimat kepada Muslimat Pas Kawasan Lenggong di Surau Kampung Gua Badak di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan, Razman Zakaria; Timbalan YDP, Mohd Kushairi Ariffin dan Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Lenggong, Hapipah Mat Saman.

Khalil berkata, melihat suasana mutakhir di Perak, memaksa seluruh rakyat negeri ini membuat persiapan lebih awal kerana kemungkinan besar DUN Perak akan dibubarkan pada bulan April 2010.

Katanya, sekiranya benar-benar berlaku pembubaran DUN pada ketika itu, pilihan raya akan diadakan dalam masa 60 hari selepasnya, bererti bukanlah satu jangka masa yang panjang untuk membuat persiapan sebaik mungkin bagi menghadapinya.

Menurutnya, mulai Januari 2010 semua jentera pilihan raya di seluruh negeri kena adakan satu ceramah setiap bulan sekurang-kurangnya sepertimana dilakukan Pas Kelantan.

Jentera Muslimat kawasan digesa mengarahkan jentera Muslimat di peringkat Unit Peti Undi (UPU) membuat persiapan dan adakan lawatan ke semua UPU mulai Januari nanti.

Terdahulu, Khalil turut mengingatkan semua Muslimat, sebagai perjuangan di dalam gerakan Islam, ia juga adalah perjuangan untuk menegakkan Agama Allah yang diwariskan oleh para Rasul sehingga kepada Nabi Muhammad SAW.

“Tidak ada perkara yang tinggi darjatnya di sisi Allah (SWT), melainkan kerja-kerja yang dibuat terhadap apa yang ditinggalkan oleh para Rasul dan perjuangan kita adalah penerus kerja-kerja Nabi.

“Perjuangan Islam adalah mata rantai daripada perjuangan yang dibawa oleh para Rasul dari Adam sampai Muhammad SAW,” katanya.

Sehubungan itu katanya, semua pihak harus yakin bahawa perjuangan yang diterajui Pas adalah perjuangan untuk menegakkan kebenaran selaras dengan perjuangan para Rasul.
Baca Lagi...

Debat anti nasional Pas tidak relevan

Habis apa yang releven, cara demo penyokong UMNO menyamar PAS? - Nabila

SABAK BERNAM - Debat anti nasional ‘Umpama bangkai gajah ditutup dengan nyiru’ dan itulah sikap kepimpinan Pas apabila berhadapan dengan teguran berdasarkan fakta dan bukan andaian semata-mata.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Warno Dogol, berkata, debat sinonim dengan Pas kerana selalu menghabiskan masa dengan berceramah, menyemai bibit kebencian sesama insan, menyalahkan orang lain daripada muhasabah diri lalu terabai daripada tanggungjawab terhadap rakyat yang memerlukan pembangunan dan pembelaan untuk kehidupan yang lebih sempurna.

“Namun sehingga kini, kerana asyik berdebat dan berceramahlah maka, di Kelantan sehingga kini tidak ada satu masjid pun didirikan sejak kerajaan Pas memerintah. Rakyat Kelantan berhijrah ke tempat lain mencari makan, paras kemiskinan dan indeks jenayah juga tinggi.

“Apa guna debat jika isu yang diutarakan adalah realiti yang umum tahu dan banyak pemimpin, NGO dan individu menyokong kebenarannya. Janganlah cuba menegakkan benang yang basah, cuba memesongkan pemikiran rakyat dengan hujah yang retorik dan berkepentingan politik semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Yang Di Pertua (YDP) Pas Sabak Bernam, Sallehen Mukhyi, mencabar kepimpinan UMNO Bahagian Sabak Bernam berforum atau debat bagi menjelaskan apakah maksud sebenar anti nasional.

Warno berkata, bukan anti nasionallah jika perlembagaan negara mula dipersoalkan sedangkan perlembagaan yang berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi dipersetujui oleh semua kaum semasa menuntut kemerdekaan.

Katanya, apabila institusi raja yang menjadi nadi sistem parlimen dan raja berperlembagaan di negara ini mula dicabar serta Pas sendiri sanggup menyanggah sultan, Datuk Sri Nizar Jamaluddin ingkar dan orang Pas menghalang sultan dengan berbaring di jalan, adakah itu anti nasional mereka?

Menurutnya, lebih menyedihkan apabila pemimpin PKM, Chin Peng, dianggap wira oleh mereka. Siapakah mereka ini yang mahu mengubah sejarah dan apakah mereka me-nganggap sudah nasionalis jika mampu memanipulasi sentimen perkauman untuk memperjuangkan kesamarataan hingga menggugat keharmonian negara.

“Adakah mereka sudah lupa bahawa keamanan, kemakmuran sejak berpuluh tahun yang dinikmati rakyat mula terhakis akibat mainan politik kotor oleh Pakatan Rakyat termasuk Pas. Kita gesa mereka ini mendalami dahulu kandu- ngan dalam perlembagaan supaya berhati-hati dalam membuat tindakan agar mereka lebih bertanggungjawab.

“Kita bebas berpolitik tetapi, tanggungjawab sebagai rakyat harus diutamakan bukan hanya me-mentingkan diri sendiri demi meraih populariti sehingga kebenaran dinafikan, malah institusi raja, bangsa dan agama sanggup dihina,” katanya.
Baca Lagi...

Anggap pujian Nik Aziz bersifat peribadi: Pas

Pujian bermakna tu - Nabila

KUALA TERENGGANU – Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah menyifatkan pujian Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pemimpin Islam yang berani sebagai pandangan peribadinya semata-mata.

Beliau tidak menganggap apa yang dilakukan Najib dengan melakukan lawatan di wilayah bergolak, selatan Thailand baru-baru ini sebagai berani, sebaliknya ia adalah tanggungjawab mana-mana pemimpin Islam.

Menurutnya, pemimpin beragama Islam perlu berani membela penduduk Islam di negara sendiri dan negara luar dengan meng-anggap tindakan sedemikian bukan luar biasa.

“Kalau mahu menyelesaikan masalah berkaitan dengan Islam, mestilah berani tetapi kita tidak tahu sejauh mana keberanian Najib itu kerana ia menjadi tanggungjawab pemimpin Islam.

“Sebagai seorang pemimpin, tanggungjawabnya bukan sahaja di dalam negara tetapi turut meliputi luar negara. Mungkin tanggungjawab yang dilakukan Najib itulah yang dikatakan sebagai berani,” katanya, semalam.
Baca Lagi...

Pas tidak taksub logo bulan

Guna apa sahaja asal Islam didaulatkan. Jangan Islam tercicir sudahlah. Yang dikejar tak dapat yang dikendung tercicir. - Nabila

PASIR PUTEH - Kesediaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sanggup menggunakan lambang roket sebagai tanda kerjasama erat Pakatan Rakyat (PR) membuktikan keterbukaan Pas.

Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan, Zainuddin Awang Hamat berkata, kesediaan itu jelas menggambarkan bahawa pimpinan Pas tidak taksub kepada lambang bulan.

Menurutnya, hubungan Pas dan parti lain dalam PR semakin baik sehingga Nik Azizi bersedia menggunakan logo DAP.

”Kita lihat bagaimana parti Islam Ikhwanul Muslimin menggunakan lambang parti sosialis untuk bertanding selepas parti itu diharamkan, ia jelas menggambarkan pimpinan Islam tidak taksub kepada lambang.

”Apa yang penting perjuangan menegakkan hukum Islam diteruskan dan penerangan dibuat agar orang bukan Islam memahami apa yang kita perjuangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis kesyukuran sempena kepulangannya daripada menunaikan ibadat haji semalam.

Zainuddin berkata, pimpinan UMNO yang berfahaman ‘politik suku agama suku’ tidak faham perjuangan Islam sebenar lalu apa saja yang dilakukan Pas dibantah.

Katanya, ahli Pas dididik untuk berjuang dalam jangka masa panjang kerana ianya dituntut dalam Islam, berbeza dengan pimpinan UMNO yang berjuang untuk tempoh tertentu.

”Mereka berjuang untuk tempoh singkat yang menyebabkan pelbagai salah laku dikesan termasuk kes kehilangan enjin jet,” katanya.

Zainuddin berkata, orang Islam perlu mempelajari sesuatu daripada peristiwa Perjanjian Hudabiyah yang berlaku bulan Zulhijah, tahun ke enam hijrah.

Perjanjian itu katanya, sebagai pengiktirafan daripada kafir Quraisy kepada kerajaan Islam yang dibentuk Rasulullah SAW di Madinah walaupun sebelum itu Rasulullah menerima tentangan.

”Walaupun perjanjian itu nampak seperti berat sebelah sehingga sahabat mempersoalkan tindakan Rasulullah namun kebijaksanaan Rasulullah akhirnya terbukti.

”Pas kini diterima sebagai parti Islam dan ini merupakan satu pengiktirafan kepada saf perjuangan Islam di negara ini,” katanya.
Baca Lagi...

Serahkan Jawatan MB Kepada Anuar Tan - Ibrahim Ali

Semasa pilihanraya dulu Ibrahim Ali selalu bersama TG Nik Aziz halang wartawan mendekati elak buat kenyataan. Sekarang sama-sam buat kenyataan. - Nabila

MOHD AL QAYUM AZIZI

PETALING JAYA: Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini mengalu-alukan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Anuar Tan.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, jika Mursyidul Am Pas itu benar-benar ikhlas terhadap kenyataannya dan bukan hanya gimik politik, beliau seharusnya meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada Anuar.

"Paling tidak lantik (Anuar) sebagai Timbalan Menteri Besar dan saya mahu lihat apakah mendapat sokongan daripada pimpinan Pas yang lain," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Ibrahim turut menjelaskan kenyataan Nik Aziz sudah tidak boleh diguna pakai kerana sering tidak konsisten dan berbelit-belit dan menyifatkan beliau sebagai 'ulama politik'.

"Pihak lain dituduh kroni, nepotisme tapi bila lantik keluarga sendiri, guna alasan kepimpinan Rasulullah S.A.W. Memalukan," ujarnya.

Akhbar hari ini melaporkan Kerajaan Negeri Kelantan bersedia meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan dan memberi laluan kepada bukan Melayu yang beragama Islam untuk menerajui negeri itu.

Nik Aziz berkata cadangan itu dapat memperluaskan penyebaran Islam kepada semua dan bertindak adil kepada semua kaum.

Beliau turut menjelaskan dasar Islam dalam memilih pemimpin yang baik tidak mengenal bangsa sebaliknya melalui akhlak yang sempurna
Baca Lagi...

Cadangan Agar BN Terima Ahli Terus Perlu Dikaji : Najib

Kalau boleh daftar terus daripada IC Pendaftaran Negara. Semua yang berumur 21 tahun automatik jadi ahli BN. Kan bagus! - Nabila

KOTA KINABALU: Cadangan supaya sistem keahlian terus diamalkan oleh Barisan Nasional perlu dibincang oleh semua komponen dan dikaji terlebih dahulu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas saranan yang dibuat oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Perdana Menteri berkata beliau akan berunding dengan rakan-rakan komponen BN sebelum membuat apa-apa keputusan.

"Ini bukan perkara baru, (ia) sudah disebut-sebut sebelum ini, pernah kita bincang tapi kita belum buat satu keputusan secara rasmi.

"Biarlah saya berunding dengan parti-parti komponen BN di peringkat Dewan Tertinggi terlebih dahulu. Kita kaji pro dan kontranya, buruk baiknya dan juga kaedahnya sekiranya kita nak buat. Ini semua kita mesti fikir terlebih dahulu, kalau tidak, timbul masalah lain pula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) ke-14 di sini hari ini.

Semalam Rais mengesyorkan agar BN mempunyai sistem keahlian terus yang dibuka kepada orang perseorangan dan badan bukan kerajaan (NGO) tanpa bersandarkan kepada parti-parti komponen.

Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak turut membuat cadangan serupa semalam kerana berpendapat keahlian secara terus itu akan membolehkan mereka yang komited atau berminat dengan BN tetapi tidak menyukai parti-parti komponen tertentu kerana terlalu banyak politiking, akan dapat terus bersama BN.

Mengenai satu perkara lain, Najib berkata suruhanjaya diraja tidak perlulah ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan seorang penulis Barat kononnya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah membazirkan RM100 bilion.

"Ada saja saranan ditubuhkan suruhanjaya diraja, tetapi dalam hal ini, tak wajar dicadangkan suruhanjaya diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku.

"Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar. Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh," katanya ketika ditanya cadangan penubuhan suruhanjaya itu yang dibuat oleh penasihat DAP Lim Kit Siang bagi menyiasat dakwaan berkenaan.

Najib juga berkata masih ada masa untuk mengkaji implikasi penuh daripada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menjelang tahun2011.

"Ianya tidak akan dilaksanakan sehingga 2011 jika kita membuat keputusan untuk meneruskannya. Bukan maksud saya ini sudah pasti tetapi apa yang kita putuskan ialah membentangkan rang undang-undang mengenai perkara itu...bacaan kedua pun belum lagi. Jadi kita ada masa melihat kesan GST itu sepenuhnya," kata beliau ketika diminta mengulas impak GST kepada perbezaan harga barangan di Semenanjung dengan di Sabah dan Sarawak.

Najib juga berharap tahun baru ini akan menjadi "tahun pelaksanaan atau tahun tindakan" bagi pelbagai program yang dijanjikan kepada rakyat.

"Bidang Keberhasilan Utama Negara merupakan aku janji kita untuk rakyat. Kita sudah buat secara telus, dan rakyat akan teliti sejauh mana keberkesanan kita.

"Sebab itulah seluruh jentera kerajaan mestilah kita juruskan untuk menjamin keberkesanan setiap NKRA dan juga agenda pembangunan yang telah ditentukan," kata Perdana Menteri. -BERNAMA

Baca Lagi...

BN Perlu Elak Berada Dalam Zon Terlalu Selesa - Najib

Dah terlalu selesa, rasanya sudah layak BN jadi pembangkang pula. - Nabila

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) perlu mengelak daripada berada dalam zon terlalu selesa untuk memastikan anggotanya tidak hilang semangat berjuang ke arah mencapai kejayaan lebih besar lagi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kejayaan demi kejayaan yang dicatat mungkinmenyebabkan timbul anggapan sudah berada pada satu tahap yang baik sekarangsehingga menjadikan BN terlalu selasa dan hilang semangat untuk berjuang lebihgigih lagi.

"(Kita kena) ubah perasaan (berada) dalam zon terlalu selesa, (jangan lupa) misi dalam perjuangan kita (ialah) untuk bawa parti dan negara kita ke arah kejayaan yang lebih besar pada hari muka nanti," katanya semasa merasmikan Kongres Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di sini, hari ini.

Katanya, parti-parti politik seperti BN yang telah lama wujud dan menjaditunggak kepada satu negara ataupun berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaannegara tersebut, boleh hilang kuasa jikalau parti itu tidak melakukan perubahan.

"Apatah lagi kalau parti itu sudah tidak relevan lagi, dilihat jasanya hanya dalam lipatan buku sejarah, tapi tidak mampu tangani tuntutan perubahan yang diingini rakyat terutamanya generasi muda," tegas beliau.

Najib berkata, perjuangan BN dalam mengurus tadbir negara dan juga daripada segi pengurusan politik bukannya mudah ekoran keunikan Malaysia iaitu kepelbagaiannya yang merentasi segala dimensi kehidupan rakyat.

Namun, Perdana Menteri berkata, dalam cabaran mentadbir 13 buah negeri dengan pembahagian kumpulan etnik yang begitu banyak serta mentadbir 13 buah parti komponen BN, perjuangan BN boleh dikatakan berjaya berlandaskan ukuran yang Malaysia dianggap sebuah negara cemerlang selama ini.

Beliau berkata, BN akan dijadikan sebagai parti yang lebih menarik, lebih 'umph' dan yang mampu melakukan perubahan dan menurutnya sebagai parti yang berkuasa hari ini, BN mampu lakukan semua itu.

"Yang kita hendak ialah BN dilihat sebagai parti yang menjadi juara rakyat, parti yang memperjuangkan kepentingan rakyat kerana pembangkang hanya ada satu objektif sahaja dan tiada satu ideologi, di mana objektif tunggal itu jatuhkan BN.

"Apakah parti yang hanya berdiri (berpegang) pada satu tujuan boleh pimpinnegara ini? Oleh itu, yakinlah BN "is still the party" dengan syarat kitasentiasa menyegarkan imej BN dan sentiasa dilihat sebagai parti progresif dandinamik, jangan berbalah antara kita," katanya.

Mengenai PBRS, Najib berkata walaupun PBRS dianggap sebagai parti yang kecilsecara relatifnya tetapi parti itu tetap berada di hati sanubaripemimpin-pemimpin BN kerana kesetiaan, komitmen dan kepercayaannya terhadap perjuangan BN tidak pernah luntur selama ini. "Saya gembira melihat obor perjuangan BN masih marak membakar di hatituan-tuan dan puan-puan.

"Saya percaya PBRS akan terus menjadi rakan setia BN kerana saya dapat lihat semangat kuat, dalam kongres ini pun nampak sekali," katanya kepada perwakilan yang hadir, sambil mengucapkan tahniah kepada Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup bagi kepimpinannya.

Pada sidang akhbar kemudiannya, Najib berkata, setiap parti komponen BN tanpamengira saiz, sama ada besar atau kecil mempunyai peranan dan sumbangan yangboleh dilakukan oleh mereka.

"Ini disebabkan kalau kita cantumkan sokongan yang boleh disumbangkanmelalui setiap parti komponen dalam satu-satu kawasan pilihan raya, bererti akantambah kekuatan kita (BN).

"Ada sesetengah tempat, parti komponen tertentu lebih kuat daripada partilain tapi bagi kawasan lain pula, parti lain lebih kuat daripada parti tadi.

"Jadi kalau kita pegang kepada prinsip BN yakni kita sokong sesiapa saja yangdipilih mewakili sebagai calon BN, kita akan dapat sokongan sangat padu,"katanya menjawab soalan sama ada saiz sebuah parti itu relevan dalam menyumbangkepada BN.

Kurup dalam ucapannya pula berkata, dalam usaha melakukan perubahan terhadap PBRS, parti itu sudah sedia untuk meminda perlembagaannya bagi memperkasakanlagi parti supaya dapat memberi kekuatan tambahan kepada BN.

"Ada orang menyelar parti kita sebagai parti luar bandar... parti kita kecil.Sebenarnya saya gembira kerana mempunyai talian rapat dengan rakyat luar bandardan merekalah sebenarnya intisari perjuangan PBRS dari mulanya.

"Malah parti kita merupakan salah satu parti pertama bersama dengan BN yangturut sama membina asas perjuangan BN di Sabah sejak tahun 1994, kita telah membuktikan banyak pengorbanan," katanya dan menurutnya PBRS kini mempunyai79,521 ahli berbanding 75,579 ahli pada April tahun lalu.

Dalam usaha membasmi kemiskinan, Kurup berkata PBRS mencadangkan peruntukankhas dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan penubuhan pasukan khasuntuk mengambil tindakan konkrit dan lebih menyeluruh.

Parti itu turut menggesa satu jawatankuasa khas dibentuk untuk mengkajipemberian biasiswa kerajaan dan pengambilan pekerja dalam perkhidmatan awam yang lebih adil bagi membolehkan lebih banyak anak Sabah mendapat peluang itu.- BERNAMA

Baca Lagi...

Baju dadah

Otak geliga, begitulah nak hidup. Lihat chow kit bagaimana kreatifnya golongan ini. - Nabila

Penyeludup guna taktik baru rendam syabu, ditampal pada pakaian

PETALING JAYA: Penyeludup dadah, terutama dari Asia Barat dan India kini menggunakan taktik baru menyeludup syabu ke negara ini dengan merendam dadah itu dalam air untuk dijadikan cecair pekat seperti kanji dan ditampal pada pakaian sebelum dikeringkan.

Baju itu kemudian dipakai ketika memasuki negara ini dan selepas berjaya melepasi pemeriksaan, ia direndam untuk mendapatkan semula dadah sebelum diedarkan kepada sindiket pengedaran tempatan.

Taktik itu dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu, Sabtu dan Ahad lalu berikutan kepekaan pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang bertugas ketika itu.

Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Ibrahim Jaapar, berkata dalam kejadian itu, pegawai kastam bertugas menyedari taktik itu ketika memeriksa tiga lelaki yang mencurigakan ketika melepasi mesin pengimbas.

"Ketika pemeriksaan, pegawai kita curiga kerana baju yang dipakai kelihatan terlalu berat dan tidak munasabah dengan saiz dan jenis kain.

"Selepas diteliti kita dapati pakaian itu keras seperti berkanji. Pegawai kita menahan lelaki itu dan memeriksa pakaiannya. Kita mendapati dadah itu direndam terlebih dan dilekatkan pada baju bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Bagaimanapun, berat dadah yang kita rampas belum dipastikan kerana perlu mengikut proses yang sama dilakukan anggota sindiket untuk mendapatkan kembali syabu yang dikeringkan itu," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penguatkuasaan Semalaysia KDRM dan pelancaran buku bertajuk Compendium of Customs Legislations and Cases, di sini semalam.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya menahan tiga rakyat dari negara terbabit yang menggunakan taktik itu dan kini direman untuk siasatan lanjut.

Katanya, berikutan peningkatan penyeludupan dadah menggunakan pelbagai taktik, KDRM mengarahkan semua anggota memberi tumpuan dengan memeriksa secara teliti pelancong dari negara terbabit serta bagasi mereka.

Ibrahim berkata, pihaknya juga mengesan taktik menyembunyikan dadah jenis ketamine dalam kolar baju yang disimpan dalam bagasi milik seorang wanita warga India.

"Mereka memang licik. Baju yang ditemui dalam bagasi disusun rapi, tetapi menerusi alat imbasan, lebih 20 helai baju mengandungi dadah," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua taktik itu adalah antara 60 kes dadah yang berjaya dirampas membabitkan RM52 juta sepanjang tahun ini, meningkat 195 peratus berbanding tahun lalu yang hanya merekodkan 31 rampasan bernilai RM17 juta.

Mengenai kenaikan harga minimum rokok mulai Jumaat ini, Ibrahim berkata pihaknya percaya lebih banyak rokok akan diseludup untuk memenuhi permintaan pelanggan.

"KDRM akan meningkatkan pemantauan dengan membuat pemeriksaan, termasuk kedai kecil yang hanya menjual rokok dengan kuantiti sedikit selain menambah anggota supaya dalang utama sindiket penyeludupan rokok ditumpaskan," katanya.

Baca Lagi...

Saya akan cari mereka hingga ke lubang cacing: Bapa mentua Dr Rosli

Nampaknya masih bergolak lagi. Nasiblah.. - Nabila

KOTA BHARU: Bapa mentua Dr Rosli Allani Abdul Kadir menganggap bekas ketua penerangan Pemuda Pas Kelantan itu melarikan anaknya dan beliau akan berusaha mencari mereka.

"Saya akan terus mencari mereka hingga ke lubang cacing bagi mengembalikan hak saya sebagai seorang bapa dan ketua keluarga," kata Mohd Noor Che Man di sini, hari ini.

Semalam, Mohd Noor, 58, dan beberapa rakannya mengepung rumah didiami Rosli, 35, dan anaknya, Nor Ilyani, 30, yang dikatakan mengingkari arahan Mahkamah Syariah supaya tinggal berasingan sementara (mufarakah) selepas kesahihan perkahwinan mereka diragui kerana disyaki dijalankan oleh satu sindiket di Selangor.

Bagaimanapun, pada 9 pagi tadi, Rosli dan Nor Ilyani berjaya melarikan diri dengan sebuah kereta yang sedia menunggu di pintu masuk rumah sewanya di Lorong Masjid Mustaqim, Telipot, dekat sini, walaupun ketika mereka masih dikepung oleh keluarga Mohd Noor.

Pada 21 November lalu, Rosli diperintah oleh Mahkamah Syariah supaya tinggal berasingan dengan Nor Ilyani yang juga adalah isteri keduanya selepas mendapati perkahwinan mereka menimbulkan keraguan.

Mohd Noor berkata, beliau menyerahkan kepada Mahkamah Syariah untuk menentukan tindakan lanjut terhadap anak dan menantunya itu.

Katanya, beliau hanya mengambil tindakan apa yang termampu mengikut bidang kuasa dan tanggungjawab yang ada pada seorang bapa.

"Tindakan lain yang di luar bidang kuasa, saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut," katanya. - Bernama

Baca Lagi...

Nik Aziz sahkan setiausaha politik, akhbar letak jawatan

Sudah jelas dan nyata, tak perlu lagi dipanjang-panjangkan. - Nabila

KOTA BAHRU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengesahkan Setiausaha Politiknya, Annual Bakhri Haron, dan Setiausaha Akhbarnya, Mohd Saiba Yaakub, telah meletakkan jawatan kerana masing-masing tamat tempoh kontrak dan bukannya diberhentikan atas sebab tertentu berikutan kemelut politik dalaman Pas sejak kebelakangan ini.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, kedua-dua jawatan itu adalah jawatan politik dan boleh diisi bila-bila masa oleh orang lain apabila sampai tempohnya.

"Saya boleh mengesahkan Annual Bakhri sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya dan saya baru menerima pagi ini, begitu juga dengan Saiba," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz juga berkata, Pas Kelantan akan meneruskan amalan mengambil calon luar Kelantan untuk bertanding pada pilihan akan datang.

"Pas Kelantan masih memerlukan khidmat calon luar Kelantan bagi mengisi keperluan di negeri di samping mereka yang tiada tempat di negeri mereka," katanya.

Nik Aziz berkata, kenyataannya sebelum ini bahawa Pas Kelantan akan mengkaji keperluan mengambil calon luar untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang adalah sebagai mengambil "jalan tengah" untuk menghormati kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi.

Dalam sidang akhbar yang sama, Mohamad Daud menafikan beliau pernah menyarankan supaya calon Pas bagi pilihan kecil akan datang terdiri daripada anak tempatan.

"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu kepada mana-mana wartawan, sama ada secara telefon atau menemui saya," katanya. - Bernama
Baca Lagi...

Dua pegawai MB Kelantan dijangka ditukar

Selasa, 29 Disember 2009

Kelantan tidak pernah lekang dek isu, tapi alhamdulillah Tok guru masih utuh. - Nabila

KOTA BHARU 28 Dis. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka mengumumkan rombakan Pejabat Menteri Besar Kelantan yang melibatkan dua pegawai kanannya dalam mesyuarat Dewan Harian Pas esok.

Kontrak perkhidmatan Setiausaha Politiknya, Anual Bakhri Haron dan Setiausaha Akhbar, Mohd. Saiba Yaakob yang masing-masing telah berkhidmat selama hampir 11 tahun dan lapan tahun dengan Nik Abdul Aziz dipercayai tidak akan disambung.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas dijangka memaklumkan langkah itu semasa mempengerusikan mesyuarat berkenaan sebelum membuat pengumuman secara rasmi.

Notis pengguguran mereka dikatakan telah dikeluarkan hari ini dan akan berkuat kuasa Februari ini.

Namun Mohd. Saiba, 40, memberitahu Utusan Malaysia hari ini, beliau tidak menerima notis berkenaan.

''Tidak ada hitam putih, tetapi saya telah mendapat maklum. Ia cuma melibatkan saya dan Anual.

''Namun esok Nik Abdul Aziz akan bermesyuarat dan apa-apa pun akan diketahui esok," katanya yang kontrak perkhidmatannya tamat 3 Februari depan.

Langkah itu dikatakan sebahagian daripada usaha Nik Abdul Aziz yang tidak mudah terjebak dalam kontroversi seperti yang dilalui sepanjang tahun ini.

Menurut Mohd. Saiba, beliau telah 'penat' memikul tanggungjawab itu dan sememangnya mengharapkan peluang untuk terus melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya (UM) dan terlibat dalam dunia akademik.

Anual Bakhri dan Mohd. Saiba sebelum ini dilaporkan oleh portal berita menafikan mereka menerima makluman berkaitan perubahan kedudukan mereka.

Bagaimanapun Anual Bakhri tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pengesahan.

Sementara itu, Setiausaha PAS Kelantan, Mohd. Zaki Ibrahim dilaporkan berkata, beliau ada mendengar perkara tersebut tetapi tidak secara rasmi.

"Bukan sesuatu yang luar biasa kerana selaku Menteri Besar, Tok Guru ada bidang kuasa untuk menukar dan menggantikan pegawai-pegawainya," ujar beliau.

Baca Lagi...

Hasan dan Khalid belum diputuskan bersalah - Tuan Ibrahim

Ramai yang lebih laju daripada kepimpinan. Makmum laju daripada imam solat. - Nabila

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Keputusan Jawatankuasa disiplin PAS untuk memanggil Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali dan Pesuruhjaya PAS Shah Alam, Khalid Samad merupakan proses biasa untuk mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak, kata Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden PAS berkata, pihak jawatankuasa telah meneliti dokumen mengenai kedua-dua individu terbabit yang diserahkan kepada jawatankuasa berkenaan.

"Setelah bermesyuarat pada Sabtu lalu, pihak jawatankuasa mendapati ada satu keperluan untuk memanggil kedua-dua pihak bagi mendengar keterangan mereka. Ini adalah proses biasa dalam parti," katanya ketika dihubungi Harkahdaily petang tadi.

Beliau meminta pihak media tidak membuat laporan yang menggambarkan seolah-olah Hasan dan Khalid sudah dibuktikan bersalah kerana pihak jawatankuasa belum membuat apa-apa keputusan berhubung perkara itu.

"Buat masa sekarang, pihak jawatankuasa tidak boleh cakap mereka bersalah atau tidak sebab belum mendengar keterangan daripada mereka. Sebab itu lah jawatankuasa akan memanggil mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada kedua-duanya," kata beliau kepada Harakahdaily.

Pihak jawatankuasa, ujarnya, akan menghantar surat rasmi dalam masa terdekat ini kepada Hasan dan Khalid bagi meminta mereka hadir memberikan keterangan pada tarikh yang telah dipersetujui.

Menurutnya, Khalid akan dipanggil memberi keterangan pada 7 Januari, diikuti Hasan pada 9 Januari, iaitu dua hari berikutnya.

"Kita akan hantar surat rasmi kepada mereka berdua untuk hadir pada hari tersebut," katanya.

Tuan Ibrahim juga berpuas hati dengan maklum balas yang diberikan Hasan dan Khalid yang bersedia untuk dihadapkan ke jawatankuasa berkenaan.

Ditanya hukuman yang mungkin dikenakan kepada kedua-duanya, beliau berkata perkara itu tidak boleh ditentukan lagi kerana mereka belum dibuktikan bersalah.

"Kita tidak boleh cakap apa-apa lagi berhubung hukuman yang akan dikenakan kerana sekarang ini baru dalam proses mendengar keterangan.

"Bila cakap pasal hukuman, seolah-olah mereka memang bersalah. Sedangkan mereka masih belum diputuskan sebagai bersalah," tegasnya.

Hasan disiasat berhubung tindak tanduknya yang didakwa boleh menjejaskan Pakatan Rakyat manakala Khalid pula disiasat kerana membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kepimpinan kerajaan negeri.

Baca Lagi...

Mahathir pertikai pembelian pesawat baru ganti MiG-29N

Semua orang tak betul, yang betul dia buat. Lantik semula Tun Mahathir jadi PM. Itulah komen saya. - Nabila

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertikaikan langkah kerajaan yang disifatkannya sebagai tidak bijak apabila memilih untuk menggantikan pesawat MiG-29N dengan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) yang lain.

Bekas Perdana Menteri itu amat berharap supaya kerajaan membatalkan keputusan tersebut dan memilih untuk membaik pulih pesawat MiG-29N sedia ada.

Beliau turut menarik perhatian dengan menyatakan, penjualan dan pembelian pesawat oleh kerajaan mampu memberi keuntungan besar sehingga berjuta-juta ringgit kepada orang tengah.

"Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan menukar MiG-29 untuk beli (pesawat) yang baru?" katanya dalam entri terbaru bertajuk MiG-29 dalam blognya, www.chedet.co.cc hari ini.

Dr. Mahathir juga mempertikaikan kewajaran kerajaan mengesahkan bahawa pesawat pejuang itu sudah tidak dapat digunakan lagi, walhal usianya belum mencecah 20 tahun.

Menurut beliau, banyak negara lain yang turut menggunakan pesawat itu seperti India masih menggunakannya tanpa sebarang masalah dan tidak bertindak menukarkannya kepada pesawat lain.

"Saya percaya ada cara untuk baik pulih pesawat pejuang dan pesawat lain. Tak bolehkah kita baik pulih MiG-29N ini? Kalau kita tak boleh, orang Rusia mungkin boleh. Mungkin India juga boleh.

"Jika pesawat pejuang yang berharga ratusan jutaan hanya tahan 20 tahun, lebih baik kita tidak ada pesawat pejuang," katanya.

Tambah Dr. Mahathir, walaupun pesawat tentera Rusia lebih murah berbanding buatan Amerika Syarikat (AS), tetapi sejumlah wang yang besar masih terpaksa dibelanjakan untuk menukar kepada pesawat baru yang sudah pasti akan menelan kos jutaan ringgit.

"Dalam keadaan ekonomi negara sekarang, mampukah kita belanja ratusan juta untuk pesawat ganti?

"Pesawat AS kononnya tahan lebih lama. Tetapi kita perlu ingat apabila duit untuk membeli MiG-29 diguna untuk beli pesawat F/A-18, akhirnya kita tahu syarat ketat yang dikenakan oleh AS," katanya.

Jelas beliau, pihak AS tidak akan memberikan source code atau kod teknikal yang akan mengehadkan kegunaan pesawat F/A-18 itu dan akhirnya digunakan untuk tujuan pameran sahaja.

Pada 28 Oktober lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada sidang Dewan Rakyat memberitahu, kerajaan sedang meneliti MRCA yang dikeluarkan empat negara iaitu AS, Perancis, Itali dan Sweden bagi menggantikan MiG-29N yang akan ditamatkan perkhidmatannya pada 31 Disember tahun depan.

Menurut Ahmad Zahid, pembelian MRCA itu tidak akan melibatkan pesawat dari Rusia berikutan pengalaman pahit kerajaan apabila terpaksa membelanjakan kos tinggi RM260 juta setahun untuk menyenggara semua pesawat MiG-29N.

Baca Lagi...

Penafasan Terhenti Bila Tidur

Kejadian Allah yang pelik lahir (terpapar) setiap hari menandakan dunia sudah mengakhiri zaman. - Nabila

Sekali pandang Nur Safiah Natasha Saripul Anuar yang baru berusia dua bulan kelihatan seperti bayi biasa yang lain.Namun realitinya dia menanggung penderitaan akibat komplikasi pernafasan terhenti semasa tidur yang dihidapnya sejak berusia 25 hari.

Menurut ibunya, Norlia Abdul Rani, 32, penyakit ganjil yang dialami anaknya itu merupakan kes pertama berlaku di Malaysia dan tidak ada ubat untuk mengubatinya.

Katanya, doktor tidak dapat mengesahkan apa penyakit sebenar anaknya dan mereka dalam proses mengkaji faktor terjadinya komplikasi tersebut.

Setakat ini Nur Safiah Natasha yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur akan diberikan bantuan pernafasan setiap kali dia tidur.
Baca Lagi...

Gerakan Sekteriat BN Perak Bukan Petanda Pilihan Raya Negeri - Zambry

Cakap rakyat sokong BN tapi tak berani nak buat pilihan raya semula. - Nabila

BAGAN SERAI: Gerakan mesra rakyat anjuran Sekretariat Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Perak yang dilancarkan hari ini bukan petanda pilihan raya negeri akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menolak dakwaan gerakan seumpama itu adalah persiapan BN bagi menghadapi pilihan raya negeri seperti yang dicetuskan oleh pembangkang sebelum ini bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan.

Zambry yang juga Pengerusi BN Perak berkata gerakan itu dilaksanakan secara agresif mulai Januari ini dengan tujuan mendekatkan pemimpin dengan rakyat di samping mengukuhkan semangat antara parti komponen BN.

"Ia juga adalah antara satu strategi kita untuk memastikan setiap rakyat (yang layak) mendaftar sebagai pengundi dan dengan cara ini kita berharap BN dapat menambah bilangan pengundi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu bagi peringkat Parlimen Bagan Serai di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menolak bahawa program tersebut adalah sebahagian daripada persediaan awal BN Perak bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kita tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan kerana semuanya bergantung kepada pemimpin pusat. Bagaimanapun saya perlu memastikan BN Perak bersedia daripada semua segi," katanya.

Zambry berkata beliau telah mengarahkan sekretariat berkenaan memastikan semua pemimpin parti komponen BN terlibat dalam setiap program bersama-sama rakyat yang dianjurkannya.

"Bermula dari sekarang kita mahu setiap pemimpin parti komponen BN bergerak seiringan dan bersama-sama dengan rakyat dalam setiap program mesra rakyat yang diadakan. Kita mahu rakyat kenal kita sebagai pemimpin BN dan tidak (sebagai pemimpin) UMNO, MCA, MIC, Gerakan atau PPP," katanya.

Mengenai persempadanan semula kawasan DUN dan Parlimen, Zambry tidak menolak kemungkinan langkah itu dilaksanakan.

"Jika perlu diadakan, kita tidak ada masalah," katanya. -BERNAMA

Baca Lagi...

Tabiat Tidak Merokok Mungkin Prasyarat Mohon Bantuan Kerajaan - Shabery

Kalau boleh yang merokok jangan diberikan wang ehsan. Apa macam? Ini kereta besar gelang sisik dilengan pun dapat wang ehsan. - Nabila

KUALA LUMPUR: Tabiat tidak merokok mungkin dicadangkan sebagai prasyarat untuk belia dan pelajar yang memohon bantuan kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata cadangan itu disuarakan kerana banyak pihak terutamanya belia dan pelajar masih mampu membeli rokok meskipun harga rokok sudah beberapa kali dinaikkan.

"Dia kata dia miskin, dia tiada apa-apa. Tapi kalau boleh beli rokok, kita kata anda tidak layak terima apa-apa bantuan. Rokok mampu beli, kenapa lain tak mampu beli," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam bahawa mulai 1 Jan, harga minimum rokok ditetapkan kepada RM6.40 bagi 20 batang atau dikira pada harga 32 sen bagi sebatang.

Tindakan itu adalah untuk mengurangkan kemampuan membeli rokok terutamanya oleh golongan muda dan yang berpendapatan rendah selain membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.

Ahmad Shabery berkata permohonan bantuan kerajaan seperti Program Perumahan Rakyat Termiskin atau bantuan lain daripada pemohon yang mampumelanggan stesen televisyen berbayar atau menghisap rokok juga perlu dipertimbangkan sebelum diluluskan.

"Orang mendakwa diri miskin dan perlu bantuan tetapi dalam masa yang sama mereka memiliki barang-barang mewah yang tak patut mereka miliki dan mereka sepatutnya tak pohon," kata beliau.

Beliau berkata meskipun peraturan itu tidak termaktub dalam mana-mana undang-undang, ia sepatutnya dijadikan pertimbangan sebelum mereka layakdiberikan bantuan atau sebaliknya.

Mengenai cadangan hasil cukai jualan rokok bukan sahaja disalurkan kepada pembangunan bola sepak negara tetapi turut disumbangkan kepada sukan-sukan yang lain, Ahmad Shabery berkata beliau akan mengemukakan kertas cadangan itu kepada Kementerian Kewangan.

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) serta melancarkan Ekspedisi 1Belia 1Malaysia yang dianjurkankementeriannya dengan usahasama Majlis Belia dan Sukan.

Ekspedisi yang melibatkan 70 peserta itu akan merentasi 10 negeri, yang bermula hari ini dan berakhir pada Sabtu ini di Lenggong, Perak, bertujuan memberi pendidikan dan maklumat yang tepat kepada belia mengenai program 1Belia 1Malaysia.

Mengenai MPBN, Ahmad Shabery berkata pelbagai pandangan disuarakan sama ada dalam bidang ekonomi, pendidikan serta program-program yang perlu dilaksanakan untuk belia pada masa akan datang.

"Selain itu Majlis Belia Negara juga ada mengemukakan cadangan yang amat komprehensif hingga ke peringkat untuk mengantarabangsakan pergerakan belia ini termasuk mengadakan rangkaian dengan negara jiran seperti Indonesia dan negara lain," katanya. -BERNAMA

Baca Lagi...

PAS Kelantan Sedia Pinda Undang-Undang Bolehkan Bukan Melayu Jadi MB

Bukan Melayu beragama Islam kerana Islam itu syumul dan alami yang tiada batasan bangsa. - Nabila

KOTA BAHARU: Kerajaan Pas Kelantan sedia meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi Menteri Besar negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bukanlah menjadi persoalan untuk meminda peruntukan dalam undang-undang berkenaan asalkan ia selari dengan kehendakIslam seperti diperkenalkan Pas sejak memerintah Kelantan pada 1990.

"Undang-undang Kelantan itu lain kerana ia dibuat pada zaman itu. Benda itu boleh diubah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan di sini hari ini.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya yang akan menyokong mana-mana calon bukan Melayu menjadi Menteri Besar selepas beliau asalkan orang itu beragama Islam.

Beliau berkata mengikut dasar Islam sendiri, asalkan calon berkenaan berakhlak baik dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebenarnya, mereka layak untuk dijadikan pemimpin.

"Itu sebabnya kita jangan berpegang kepada bangsa sebaliknya berpegang kepada mereka yang mengamalkan ajaran Islam, barulah Islam itu dihormati.

"Langkah ini (melantik bukan Melayu) menjadi menteri besar sudah tentu Islamitu sendiri akan dihormati dan lebih ramai yang menjadikan Islam sebagai pegangan agama," katanya.

Ketika menyentuh perkara yang sama dalam ucapannya, Nik Aziz berkata beliau sendiri akan mencadangkan mana-mana pemimpin bukan Melayu beragama Islam yang layak untuk menjadi penggantinya. -BERNAMA

Baca Lagi...

SPRM Diminta Siasat Penyelewengan RM160 juta Anak Syarikat GLC

Agaknya 5 tahun lagi baru buka kes, SPRM macam mana nak percaya? - Nabila

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) hari ini diminta menyiasat mengenai dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam anak syarikat sebuah syarikat berkaitan kerajaan(GLC) membabitkan kira-kira RM160 juta.

Setiausaha Agung Kelab Belia Graduan 1Malaysia Ezaruddin Abd Rahman berkatakelab itu menerima maklumat bahawa penyelewengan yang dilakukan dalam anaksyarikat GLC yang berusia lebih 50 tahun itu dikesan sejak 2006.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum mengenai dakwaan penyelewengan itu kepada Penolong Kanan Penguasa SPRM Azlin Mohd Ali di pejabat SPRM di sini untuk siasatan.

Memorandum itu antara lain mendakwa pemberian tender yang tidak mengikutprosedur dan syarikat yang diberikan tender tersebut merupakan syarikat di mana seorang daripada anggota Lembaga Pengarah GLC itu mempunyai kepentingan di dalamnya.

Memorandum itu turut mendakwa mesin yang dibekalkan oleh syarikat tersebut juga menimbulkan masalah dan kerugian.

Ezaruddin berkata pihaknya juga akan menyerahkan memorandum itu kepada Pejabat Perdana Menteri.

Kelab Belia Graduan 1Malaysia merupakan badan bukan kerajaan yang terdiri daripada golongan profesional muda pelbagai bidang di seluruh negara yang ditubuhkan pada 10 November lepas dan kini mempunyai 8,000 anggota.-BERNAMA

Baca Lagi...

Jawatankuasa Khas MCA Bersidang Selepas Cuti Tahun Baru

Bila perang dalaman akan selesai. Tahun Baru Cina peluk dan minum teh, selepas tu gaduh lagi. - Nabila

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akanmenetapkan tarikh bagi jawatankuasa khas parti itu mengadakan mesyuaratnyamengenai pemilihan baru selepas musim cuti ini.

"Untuk sementara ini, saya tidak akan memberi respon terhadap sebarang isuatau perkara berkaitan pemilihan baru, sehinggalah tarikh mesyuarat itudisahkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Chua berkata, kebanyakan anggota jawatankuasa itu, termasuk dua menteridaripada MCA, kini berada di luar negara.

Mesyuarat itu mungkin membincangkan tindakan yang bakal diambil berhubungkrisis yang melanda parti berkenaan sejak sekian lama.

Pada 15 Dis, Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan 12 yang lainmengemukakan surat peletakan jawatan tanpa tarikh sebagai anggota jawatankuasapusat parti itu, dan setelah tarikh akhir 25 Disember untuk berbuat demikianberlalu, tiada pemimpin lain dipercayai berbuat demikian.

Dua pertiga daripada anggota CC perlu melepaskan jawatan bagi membolehkanpemilihan baru diadakan. - BERNAMA

Baca Lagi...

Pemegang Kad Kredit Bakal Bayar Cukai Perkhidmatan

Bank mencakar bumi penyimpan dan penggunanya pula mencakar tanah untuk dapat sesuap nasi. - Nabila

KUALA LUMPUR: Pemegang kad kredit boleh menjangkamelihat jumlah cukai perkhidmatan yang patut dibayar dalam penyata mereka secaraberasingan, yang mana dikenakan cukai semasa pengeluaran, pada tempoh genapsetahunnya, atau semasa diperbaharui.

Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) hari ini berkata, sekiranya kad kreditbaharu dikeluarkan tahun depan sah bagi satu tahun, cukai perkhidmatan RM50 akandikenakan pada tarikh ia dikeluarkan.

Bagaimanapun, jika kad baharu dikeluarkan bagi tempoh lima tahun, cukaiperkhidmatan akan dikenakan pada tarikh pengeluaran dan setiap tarikh genapsetahun berikutnya.

Bagi kad sedia ada yang sah untuk lima tahun, cukai perkhidmatan akandikenakan pada tarikh genap setahun pengeluaran bermula 2010.

Ini kerana cukai perkhidmatan RM50 yang akan dikenakan bagi setiap kad utamadan RM25 ke atas setiap kad tambahan hanya berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan,seperti yang diumumkan dalam Bajet 2010.

Persatuan itu berkata, cukai perkhidmatan tersebut tidak terpakai bagikad-kad lain termasuk kad debit, kad petrol, kad caj, kad kesetiaan dan e-wangseperti "Touch n' Go". - BERNAMA

Baca Lagi...

SPRM Cadang Lantik Pegawai Pendakwa Bebas

Untuk kembalikan keyakinan, tangkap aje jaws jangan asyik kenakan bilis aje. - Nabila

YENG AI CHUN

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bercadang melantik pengarah undang-undang dan pendakwa bebas bagi mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap kewibawaan suruhanjaya berkenaan.

Melalui cadangan seperti yang dibangkitkan oleh Makmal Rasuah di bawah enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) memerangi jenayah itu, pengarah bebas itu berkuasa memutuskan sesuatu kes tanpa merujuk kepada Peguam Negara.

Ketua Pasukan Pembantu makmal, Abdul Samat Kasah berkata, pegawai baru itu akan menentukan sama ada kes-kes tertentu perlu diteruskan ke mahkamah atau tidak.

“Ini bukan usaha mengambil alih kuasa Peguam Negara. Kuasa mutlak untuk mendakwa masih di bawah Peguam Negara dan cadangan ini tidak bertentangan dengan Artikel 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan akhir masih oleh Peguam Negara. Apa pun jika keputusan wakil SPRM itu diubah, jawatankuasa kerja akan meneliti keputusan Peguam Negara sebelum meminta penjelasan," katanya kepada The Star di sini.

Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa Peguam Negara berkuasa memulakan tindakan undang-undang, mengendalikan atau membatalkan mana-mana prosiding dalam mahkamah sivil.

Abdul Samat yang juga Penolong Pesuruhjaya SPRM berkata, wakil bebas itu akan berperanan sebagai pengimbang dalam suruhanjaya berkenaan.

Orang awam akan melihat kita lebih telus serta tiada campurtangan, ujarnya sambil memberitahu bahawa bekas-bekas hakim, peguam kanan atau firma guaman boleh dipertimbangkan mengisi jawatan tersebut.

“Ia jawatan kontrak. Kita tidak akan pilih mereka dari Pejabat Peguam Negara kerana akan dilihat bahawa dia akan dibayangi Peguam Negara dan tidak berani membuat keputusan sendiri,” tambahnya.

Pada masa ini, jawatan pengarah undang-undang dan pendakawaan dilantik di kalangan wakil dari Pejabat Peguam Negara.

Kata Abdul Samat, idea ini sedang diuji keberkesanannya dalam inkues Teoh Beng Hock apabila peguam Tan Hock Chuan dilantik mewakili Pejabat Peguam Negara.

Ditanya, bila kajian itu akan selesai sebelum dilaksanakan, beliau berkata, tiada had masa ditetapkan.

“Kami perlu melihat implikasi perundangan tapi kami berusaha keras untuk melaksanakan cadangan itu," tegasnya.

Baca Lagi...

Itu kerja orang UMNO - Mahfuz

Isnin, 28 Disember 2009

Mahfuz memang cerdik dalam kenyataan ini berbanding dengan Ketua Penerangan PAS Selangor. - Nabila

KUALA LUMPUR 27 Dis. - "Itu kerja orang UMNO bukannya ahli Pas."

Itulah reaksi spontan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berhubung tindakan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai ahli Pas Selangor berhimpun di Shah Alam, Selangor hari ini bagi mendesak kepimpinan parti itu keluar daripada pakatan pembangkang.

Tegas beliau, ahli Pas tidak akan berbuat demikian kerana mereka memang ingin menguatkan pakatan pembangkang dan jauh sekali memilih untuk mengeruhkan suasana dalam pakatan itu.

Menurut Mahfuz, beliau sedia maklum dengan perhimpunan itu dan percaya ia didalangi oleh ahli-ahli UMNO yang berselindung di sebalik nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya mewakili ahli Pas.

"Kumpulan itu bukannya disertai oleh ahli-ahli Pas yang tindakan mereka didalangi oleh UMNO, sebaliknya ia merupakan ahli-ahli UMNO sendiri.

"Saya yakin orang Pas tidak akan berbuat demikian kerana mereka mahu pakatan pembangkang diperkukuhkan lagi, bukannya dihuru-harakan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Baca Lagi...

Kumpulan Desak PAS Tinggal Pakatan Pembangkang Bukan Anggota Parti, Kata Salahuddin

Ahli PAS tak ada cawangan atau ahli PAS tajaan UMNO. Makan, pakai semuannya UMNO yang sponser? - Nabila

KUALA LUMPUR: PAS hari ini menafikan bahawa kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor adalah anggota parti itu.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebalik ditubuhkan bertujuan untuk memfitnah parti tersebut.

"Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (PAS) dan ini semua fitnah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan kumpulan itu yang mendesak PAS Selangor keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri dalam memperjuangkan isu Islam dan bangsa Melayu.

Ditanya sama ada PAS bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka, Salahuddin berkata buat masa ini PAS mengambil pendirian untuk meneliti perkara tersebut.

"Itu kita tengok kemudian (ambil tindakan undang-undang). Sekarang ini biarlah dahulu," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kumpulan terbabit dan tindakan seterusnya parti itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut. -BERNAMA

Baca Lagi...

Harga Minimum Rokok RM6.40 Bagi Pek 20 Batang Mulai Jumaat Ini

Kata sesetengah ulama rokok haram, terutamanya ulama dahulu, ulama sekarang kata makruh.. pasal ulama sekarang ada yang merokok. - Nabila

KUALA LUMPUR: Mulai Jumaat ini harga minimum rokok ditetapkan RM6.40 bagi 20 batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau(Pindaan)(No.2) 2009 yang diwartakan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dengan penguatkuasaan peraturan itu kesemua rokok yang dijual dalam negara hendaklah dijual dengan harga yang tidak kurang daripada harga minimum yang ditetapkan, dikira pada harga RM0.32 sen bagi setiap batang rokok.

"Ini menjadikan harga minimum bagi paket yang mengandungi 20 batang rokok ialah RM6.40, 21 batang rokok (RM6.70), 22 batang rokok (RM7.05), 23 batang rokok (RM7.35), 24 batang rokok (RM7.70) dan RM8 bagi paket yang mengandungi 25 batang rokok," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mereka yang sabit kesalahan melanggar mana-mana peruntukan di bawah peraturan itu boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Liow berkata dengan berkuatkuasanya peraturan itu juga semua syarikat rokok dikehendaki mengisytiharkan senarai harga jualan runcit produk keluaran mereka kepada kementerian sebelum 15 Januari ini.

Katanya semua rokok di pasaran tempatan hendaklah dijual pada harga tidak kurang daripada harga minimum rokok dan notis harga minimum itu hendaklah dipamerkan secara jelas di kaunter jualan tanpa logo, jenama, tanda niaga atau deskripsi berkaitan rokok yang dijual.

Liow juga berkata penjualan rokok pada harga yang lebih rendah adalah dilarang bagaimanapun syarikat rokok dibenarkan membuat pelarasan harga hanya sebanyak tiga kali setahun dan perbezaan harga tidak boleh melebihi 5 peratus.

Menurutnya peraturan itu juga melarang penjualan rokok yang mempunyai label "diskaun, harga istimewa, tawaran istimewa, promosi, promo, edisi terhad dan tawaran" atau apa-apa perkataan lain yang membawa erti diskaun atau jualan murah berbanding harga jualan runcit pada bungkusan atau label rokok atau tempat jualan rokok tersebut.

Liow berkata tujuan peraturan itu dikuatkuasakan adalah untuk mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok terutamanya oleh kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah selain membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.

"Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja dari terjebak dengan ketagihan rokok dan seterusnya kemungkinan risiko menyalahgunaan dadah dan penularan penyakit-penyakit kronik, kerajaan komited untuk mengambil pendekatan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok oleh golongan ini," katanya.

Liow berkata banyak kajian sama ada dari dalam mahupun luar negara membuktikan bahawa peningkatan cukai dan harga rokok mampu mengurangkan kadar merokok dalam masyarakat terutamanya di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah.

"Hasil kajian yang dibuat pada 2004 di Malaysia menunjukkan bahawa dengan peningkatan harga rokok sebanyak 10 peratus, ia akan dapat mengurangkan penggunaan terhadap rokok 3.8 peratus," katanya. BERNAMA
Baca Lagi...

Raja Petra boleh kena Akta Imigresen

Ahad, 27 Disember 2009

Macam-macam cara nak pasti Raja Petra bersalah. -Nabila

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Imigresen jika sah dia memiliki dua pasport selain menggunakan laluan salah.

Namun tindakan itu akan hanya diambil jika terdapat laporan daripada polis atau perintah mahkamah berhubung kesalahan dilakukan Raja Petra.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, biarpun setakat ini tiada kesalahan mengikut Akta Imigresen boleh dikaitkan dengan Raja Petra namun ia bukan mustahil jika dia didapati pulang dari luar negara.

"Sehingga kini dia belum disahkan berada di luar negara. Oleh itu kita tidak boleh menganggap dia bersalah.

"Jika dia ditahan polis dan didapati benar menggunakan dua pasport atau laluan salah, kita akan mengambil tindakan ke atasnya," kata beliau ketika dihubungi di Brunei hari ini.

Selain itu, Abdul Rahman memberitahu, untuk mengambil tindakan ke atas Raja Petra, Jabatan Imigresen perlu mendapatkan perintah mahkamah.

Akhbar ini hari ini mendedahkan Raja Petra yang dikehendaki polis dipercayai menggunakan pasport negara lain untuk memasuki Britain.

Ini kerana imigresen sehingga semalam tidak mempunyai rekod 'keluar masuk' Raja Petra di negara ini sejak sekian lama serta pergerakannya di negara-negara lain.

Ekoran ketiadaan rekod 'keluar masuk' itu, Raja Petra dianggap masih berada di negara ini dan tidak pernah melawat negara-negara lain.

Begitupun siasatan polis sebelum ini mendapati Raja Retra dipercayai bersembunyi di Apartment Trinity Court di Gloucester Terrace, Bayswater, London.

Baca Lagi...

Guan Eng: Siasatan terperinci, elak isu diputar belit

Tun mahathir jangan disiasat kata Dr Rais, Guan Eng kalau boleh penjarakan sekali lagi. Dunia keadilan UMNO BN. - Nabila

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Siasatan terperinci perlu dilakukan terhadap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang mendakwa Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock mati dibunuh, bagi memastikan isu itu tidak diputarbelitkan.

Penganalisis Politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, sebelum tindakan selanjutnya diambil terhadap Guan Eng, siasatan polis mestilah menyeluruh untuk mengelakkan timbulnya masalah di kemudian hari.

''Guan Eng ahli politik, tidak mustahil dengan senang beliau boleh putar-belit kenyataannya itu semula.

''Namun, jika benar beliau buat kenyataan itu, ia telah melanggar undang-undang dan hukuman yang setimpal wajar dikenakan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Muka depan Utusan Malaysia hari ini melaporkan polis telah membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan terhadap Guan Eng kerana kenyataan beliau berhubung kematian Beng Hock.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, polis telah merakam keterangan daripada beberapa saksi yang mendengar dakwaan Setiausaha Agung DAP itu.

Sementara itu, Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) menggesa kerajaan menahan Guan Eng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran tindakannya membuat tuduhan melulu kerana ia boleh menjejaskan keselamatan awam.

Ketua Umumnya, Osman Bakar berkata, Guan Eng tidak sepatutnya dibiarkan bebas kerana bimbang beliau akan terus menimbulkan pelbagai isu lain yang boleh mengelirukan rakyat.

''Justeru, saya setuju dan menyokong tindakan pihak polis menahan beliau di bawah Akta Hasutan dan adalah lebih baik jika beliau terus ditahan di bawah ISA," kata beliau.

Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA), Mohd. Jamil Mohd. Hassan pula mengingatkan orang ramai supaya tidak mencampuri urusan mahkamah.

Katanya, kenyataan tegas Ketua Polis Selangor itu sudah cukup menunjukkan bahawa kes tersebut tidak harus dijadikan bahan perbincangan di luar mahkamah.

''Sesiapa pun tidak ada hak untuk memberi komen berkenaan isu Beng Hock kerana telah jelas inkues sedang dijalankan. Kita tidak boleh bincang isu atau kes yang dalam perbicaraan, itu salah," kata Mohd. Jamil.

''Sememangnya wajar individu yang bertindak seperti Guan Eng itu diambil tindakan mengikut Akta Hasutan," kata beliau.

Baca Lagi...

'Tak perlu siasat Dr. Mahathir'

Kalau boleh siasat sekali Datuk Seri dr Rais Yatim. - Nabila

FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Kerajaan tidak perlu menyiasat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya kerana dakwaan-dakwaan oleh Barry Wain menerusi bukunya, Malaysian Maverick.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, rakyat dapat meneliti, menilai dan menghakimi sendiri pentadbiran beliau sepanjang 22 tahun memimpin negara.

Katanya, semua rakyat Malaysia terhutang budi atas kewibawaan Dr. Mahathir menerajui negara sehingga berjaya.

"Tidak perlulah kerajaan menyiasat pendapat yang gelojoh daripada penulis picisan (Barry) itu," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Barry yang berpangkalan di Singapura itu menulis buku mengenai Dr. Mahathir ketika pentadbirannya bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times.

Barry antara lain mendakwa Dr. Mahathir telah menyebabkan kerajaan kerugian sehingga RM100 bilion sepanjang era pentadbirannya.

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang kemudian mahu kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Cabaran Kit Siang itu disahut Dr. Mahathir yang meminta kerajaan bersikap telus dan membuka semua siasatan berhubung perbelanjaan pada era pentadbirannya.

Rais berkata, apa yang didakwa Barry dalam bukunya itu hanya menjadi peluru politik kepada parti-parti pembangkang untuk memburuk-burukkan Dr. Mahathir.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang sependapat dengan Rais berkata, bekas Perdana Menteri itu telah melakukan yang terbaik kepada negara.

"Yang penting beliau telah melaksanakan amanah dengan ikhlas demi bangsa dan tanah air, jadi tidak perlu diungkit-ungkit lagi," katanya.

Tambah beliau, apa yang lebih penting sekarang ialah semua rakyat Malaysia perlu bersungguh-sungguh melihat ke hadapan bagi mencapai wawasan negara.

"Di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, kita yakin beliau akan meneruskan perjuangan pemimpin sebelum ini dengan tekad baru," katanya.

Baca Lagi...

Lawatan Khalid Ke India Bersifat Peribadi

Bila jadi orang besar semua kerja jadi perhatian. Tidak ada pravesi lagi. - Nabila

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedang melakukan lawatan peribadi bersama keluarganya di India.

Kenyataan menerusi teks kiriman daripada Setiausaha Akhbar beliau Arfa'ezaAbdul Aziz kepada Bernama malam semalam menyebut Abdul Khalid tidak bertemumana-mana menteri dalam kedudukan rasmi beliau.

Arfa'eza berkata Abdul Khalid tidak memaklumkan kepada sesiapa mengenaikedudukan rasmi beliau tetapi beliau dihampiri oleh kalangan peniaga yangmelawat Malaysia baru-baru ini.

Abdul Khalid kini berada di Srinagar, kata beliau dalam mesej berkenaan.

Terdahulu, laporan Bernama menyebut bahawa Abdul Khalid dijangka bertemuFarooq Abdullah, Menteri Tenaga Baru dan Diperbaharui India.

Beliau juga dilaporkan tiba di Kashmir pada Rabu dan ketika ini tinggal dirumah tetamu kerajaan, Circuit Guest House.

Baca Lagi...

Sani Express Sedia Pampasan Untuk Keluarga Mangsa Kemalangan

Ikut Islam pampasannya 100 ekor unta. Lebih kurang setengah juta seorang? Mampu ke? - Nabila

KUALA LUMPUR: Sani Express Sdn Bhd sedia memberi pampasan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Ipoh, awal pagi tadi, bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu Abu Bakar Mohammad ketika dihubungiberkata sebagai tindakan segera, Sani Express akan menyediakan peruntukan khasbuat setiap keluarga mangsa.

Beliau berkata pihaknya akan menghubungi keluarga mereka yang terlibat bagitujuan penyaluran bantuan tidak lama lagi.

Katanya bas dua tingkat milik syrikat itu yang membawa 48 penumpang beradadalam keadaan baik sebelum ia memulakan perjalanan dari Klang, Selangor padapukul 9 malam tadi menuju ke Kuala Perlis, Perlis.

"Bas berkeadaan baik dan diselenggara dengan baik. Bas itu juga dikunci hadkelajuannnya pada 97 km/j dengan menggunakan alat khas yang dinamakan 'SpeedLimiter'," katanya.

Abu Bakar berkata dengan menggunakan alat itu pemandu tidak boleh memandumelebihi had kelajuan yang ditetapkan atau mengubah alat terbabit untuk menambah kelajuan.

"Siasatan kami juga mendapati kelajuan bas yang dirakamkan sebelumkemalangan adalah 91 km sejam," katanya.

Mengulas mengenai tindakan yang akan diambil syarikat terhadap pemandu basyang didakwa terlelap, beliau berkata tindakan susulan akan dibuat setelahlaporan daripada polis berhubung punca sebenar kejadian diperolehi.

"Tindakan selepas ini bergantung kepada hasil siasatan polis. Jadi kenatunggu laporan (polis) itu dahulu," katanya.

Menurut Abu Bakar operasi bas milik syarikat itu juga masih berjalan sepertibiasa.

Dalam kejadian pukul 1 pagi tadi, 10 penumpang bas dua tingkat Sani Expressmaut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas ituterbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Lebuhraya Utara-Selatan(PLUS) arah utara. -BERNAMA

Baca Lagi...

Sambutan Krismas Paling Ganas di Pulau Pinang

Apa-apa perayaan pun mesti disambut dengan penuh ketaatan kepada pencipta barulah mencermin agama sebenarnya. - Nabila


GEORGE TOWN: Hiruk-pikuk sambutan Hari Natal malam kelmarin bertukar menjadi ganas apabila dua anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dibelasah teruk dan diserang dengan topi keledar oleh orang ramai yang sedang berpesta di sini.

Seorang jurukamera Bernama TV turut menjadi mangsa apabila dia ditumbuk pada bibir dan wartawan bertugas ditolak oleh pengunjung yang asyik berpesta sementara motosikal dan kenderaan yang melintasi Persiaran Gurney itu turut disembur dengan buih aerosol.

Pasukan petugas khas terpaksa campur tangan apabila sambutan yang disifatkan terburuk pernah berlaku di Pulau Pinang itu semakin tidak terkawal.

Sekumpulan lelaki yang terdiri daripada 10 orang tiba-tiba membelasah anggota Rela yang sebelum itu menahan rakan mereka kerana menyembur buih aerosol kepada pemilik kenderaan yang lalu dikawasan itu.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 12.30 malam itu, kumpulan lelaki itu bertindak ganas menendang dan menumbuk anggota Rela terbabit dalam percubaan menarik rakan mereka yang dalam lingkungan 20-an dari ditahan.

Serangan berlaku apabila anggota dan polis yang berpakaian preman sedang membawa suspek ke balai polis berdekatan.

Kejadian yang berterusan beberapa minit itu bagaimanapun berakhir apabila sekumpulan anggota Rela, polis dan pasukan petugas khas datang membantu mangsa dari terus diserang.

Kedua-dua mangsa mengalami lebam pada badan dan mengadu berasa pening selepas serangan itu.

Sementara orang awam yang melintasi jalan terkejut dengan situasi tersebut.

Terdahulu, wartawan bertugas diasak oleh pengunjung liar yang leka berpesta. Mereka kemudiannya diiringi angota polis keluar dari tempat kejadian.

Jurukamera Bernama TV, Gary Yeap, 20, yang membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani mendakwa dia ditumbuk di bibir.

Yeap turut melaporkan seorang lelaki mengugut untuk mencederakannya jika rakaman yang dibuat disiarkan di kaca televisyen.

Pada malam kejadian, ribuan pengunjung memenuhi kawasan popular di Pulau Pinang itu bersikap liar selain trafik juga menjadi buruk apabila pengunjung memenuhi jalan raya.

Kebanyakan mereka terutamanya anak-anak muda memegang tin semburan buih dan menyemburnya pada cermin kereta dan penunggang motosikal yang lalu di situ.

Ada di antara mereka mengangkat pengelap cermin kereta untuk mengelak pemandu mengelap semburan pada tingkap kereta mereka.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Gan Kong Men berkata, seorang pekerja kilang berusia 17 tahun ditahan selepas kejadian bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, lima sekatan jalan raya telah dilakukan oleh pasukan polis pada hari itu supaya keadaan terkawal.

Gan berkata pihak polis sentiasa bersedia dengan kejadian seperti ini apabila sentiasa meletakkan unitnya pada tempat-tempat yang menjadi tumpuan terutamanya pada malam tahun baru
Baca Lagi...

Polis Akan Ambil Keterangan Adun Seri Kembangan - Khalid

Minta henti siasatan dikira menakut-nakutkan polis. Hoii hebat betul. - Nabila

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil keterangan daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah berhubung kenyataannya yang cuba menakut-nakutkan polis.

"Kita akan memanggil Hian Wah dalam waktu terdekat untuk dirakam percakapannya bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Beliau berkata kenyataan Adun itu dalam media yang mengarahkan polis menghentikan siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah satu kesalahan dan seolah-olah cuba menakut-nakutkan pihak polis.

"Ingin saya tegaskan, Yang Berhormat jangan cuba menakut-nakutkan kita dengan memberi arahan supaya tidak meneruskan siasatan ke atas Guan Eng," katanya kepada pemberita pada Hari Mesra Bersama Masyarakat Dengan Polis di Seri Kembangan di sini hari ini.

Sebelum ini, Khalid berkata Lim akan disoal siasat kerana mendakwa setiausaha politik Exco Selangor Teoh Beng Hock mati dibunuh, pada konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Dec di Shah Alam. -BERNAMA
Baca Lagi...

PAS Selangor Didesak Keluar Pakatan Rakyat????

Rasanya selepas dia orang buat bantah dia orang boleh letupkan diri macam pejuang palestine. nabila nak tergelak lakonan yang tidak berjaya kerana kurang bajet ini. - Nabila

NURUL AIN MOHD HUSSAIN

SHAH ALAM: Sekumpulan lelaki yang menggelarkan diri mereka penyokong dan pengundi PAS Selangor hari ini mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah negeri itu kerana didakwa gagal memperjuangkan Islam serta nasib kaum Melayu.

Kira-kira 20 orang yang berhimpun secara aman itu berarak sejauh 500 meter ke perkarangan pejabat Badan Perhubungan PAS negeri yang terletak di Pusat Perniagaan Worldwide di sini kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Kumpulan berkenaan turut membawa kain rentang dan sepanduk tertera ‘Kami Tidak Rela PAS Jadi Boneka DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kami Desak PAS Keluar Pakatan Rakyat, Jangan Musnahkan Amanah Yang Diberikan Rakyat dan Jangan Jadi Kuda Tunggangan Anwar.

Jurucakap kumpulan itu, Wan Hilman Wan Abd Rahim berkata, bantahan tersebut dibuat kerana mereka mahu PAS bangkit daripada mengikut telunjuk DAP dan PKR yang didakwa membelakangi parti itu dalam banyak isu pentadbiran di negeri itu.

“PAS boleh bergerak sendiri, selama ini keputusan yang dibuat tidak sampai dan kita banyak ikut telunjuk mereka (DAP dan PKR).

“Kami tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menjaga kebajikan rakyat terutamanya dalam isu yang melibatkan Islam dan kepentingan orang Melayu.

“Kita ahli PAS Selangor mahu PAS bangkit kerana kita lihat semua perkara sudah jadi kacau-bilau jadi kita cuba bangkitkan semua ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Hilman yang mendakwa ahli PAS Bahagian Gombak turut menafikan dakwaan kononnya kumpulan itu dibiayai oleh Umno atau Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tak ada. Kita tidak didalangi Umno, Anwar atau mana-mana pihak. Kita biayai sendiri dan apa yang kita buat hari ini datang daripada hati kita sendiri, tidak ada sokongan daripada mana-mana pihak,”ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya akan cuba menyampaikan memorandum berkenaan kepada Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Hassan Ali esok pagi.

“Insya-Allah kita akan cuba hantar esok dan kita akan tengok masa yang sesuai nanti,” ujarnya.
Baca Lagi...

'Saya tidak akan buat rayuan jika digantung keahlian'

Sabtu, 26 Disember 2009

Jika bersalah akur kepada keputusan. Suatu yang terbaik. - Nabila

SHAH ALAM 25 Dis. - Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Abdul Samad tidak akan mengemukakan rayuan sekiranya Jawatankuasa Disiplin parti itu mengenakan tindakan terhadapnya termasuk menggantung keahlian untuk tempoh tertentu.

Menurutnya, jika jawatankuasa itu mempunyai fakta atau bukti kukuh untuk mensabitkan beliau atas kesalahan mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan peraturan parti, beliau sedia menerima apa jua tindakan.

''Kalau saya benar-benar didapati bersalah dan ada fakta-fakta yang jelas, saya sedia terima apa juga bentuk tindakan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin Pas. Saya tidak akan buat sebarang rayuan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahli Parlimen Shah Alam itu bagaimanapun tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai keputusan kes berkenaan.

''Saya akan beri penjelasan kepada Jawatankuasa Disiplin Pas (pada 7 Januari). Terpulanglah kepada mereka untuk menentukan keputusannya.

''Namun, saya harap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana saya tidak mahu kes melibatkan perbezaan pendapat (dalam Pas) ini menganggu tugas dengan rakyat," jelasnya.

Sebuah portal berita propembangkang Malaysian Insider menyiarkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengesahkan bahawa jawatan kuasa itu telah mengenal pasti wujudnya kes kukuh terhadap dua pemimpin Pas Selangor yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang didakwa menjejaskan imej parti.

Menurut portal berita propembangkang itu, Hasan menyatakan kesediaan untuk meletakkan jawatan sekiranya jawatankuasa disiplin parti mahu beliau berbuat demikian .

Bagaimanapun, Hasan yang juga Exco kerajaan negeri Selangor tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pengesahan mengenai kenyataan tersebut.
Baca Lagi...

Nazri dicabar letak jawatan Ketua Whip BN

Nazri bercakap hebat, kerja belum tentu lagi. - Nabila

KUALA KANGSAR 25 Dis. - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dicabar meletak jawatan sebagai Ketua Whip Barisan Nasional (BN) kerana gagal memastikan wakil kerajaan hadir semasa pengundian meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia lbrahim berkata, tugas serta tanggungjawab itu amat penting dan perlu dipandang serius oleh semua wakil rakyat BN.

''Saya kesal, saya rasa beliau (Mohamed Nazri) patut letak jawatan kerana kegagalannya sebagai Ketua Whip BN amat ketara.

''Dalam keadaan politik sekarang, semua wakil rakyat dan Datuk Seri Mohamed Nazri perlu berada di dalam negara dan tak perlu cuti, tumpukan kepada kerja. Saya sangat kecewa, bayangkan kalau bajet tak lulus," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Program lman 'Remaja Bebas Dadah' di Sekolah Kebangsaan Sayong dekat sini semalam.

Pada insiden 14 Disember lalu, pembangkang hampir berjaya menggagalkan Bajet 2010 daripada diluluskan ekoran ramai wakil rakyat BN tidak berada di dalam Dewan ketika pengundian hendak dijalankan.

Dalam sesi pengundian belah bahagian itu, BN berjaya mengatasi pembangkang hanya dengan kelebihan tiga undi (66-63) bagi membolehkan Bajet 2010 diluluskan.

Mengulas lanjut, Kamilia berkata, berbanding Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebelum ini yang turut meluluskan Bajet Perak 2010, semua wakil rakyat BN dan Bebas berasa bimbang kerana hanya mempunyai majoriti yang tipis.

''Saya mendapat maklum balas jelas daripada ahli UMNO di peringkat bawah yang tidak puas hati terhadap ahli-ahli Parlimen kita ekoran insiden tersebut," ujar beliau.

Kamilia berpendapat, bagi menangani masalah tersebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak wajar mengambil tindakan tegas terhadap semua wakil rakyat BN berkenaan.

''Kalau bajet tidak lulus bermakna kerajaan tidak boleh memerintah. Saya harap perkara serius macam ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

''Saya tidak halang wakil rakyat BN bercuti ke luar negara selepas kerja mereka selesai terutama sekali dalam urusan meluluskan bajet negara demi keutuhan BN," katanya.

Baca Lagi...

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan