Timbalan Presiden PKR angkat sumpah anggota Dewan Negara

Rabu, 16 Disember 2009

Dulu nak bertanding di Kelantan dibenarkan oleh TGNA. Akhirnya ke Parlimen juga. - Nabila

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Wong Foon Meng di Bangunan Parlimen, di sini.

Syed Husin, 63, yang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Selangor, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada London School of Economics dan berkecimpung dalam bidang politik sejak 50 tahun lalu.

Ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah itu, beliau melahirkan perasaan gembira dan berharap menyumbang idea yang dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. - Bernama

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan