Silibus BTN patut dirombak: Mohd Sabri

Sabtu, 12 Disember 2009

KUALA TERENGGANU – Isu yang tercetus antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berhubung kursus Biro Tata Negara (BTN) hanya percanggahan pendapat.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Mohd Sabri Alwi berkata, beliau percaya perselisihan pandangan itu hanya bersifat sementara kerana masing-masing cuma me-ngeluarkan pendapat sendiri mengenai isu itu.

Menurutnya, pergeseran tersebut hanya masalah kecil dan secara peribadi beliau juga bersetuju dengan cadangan Mohamed Nazri agar modul kurikulum kursus BTN dirombak seiring perkembangan semasa yang semakin berubah.



“Berdasarkan suasana sekarang, memang patut silibusnya dirombak demi kepentingan bersama dan sebagai menteri, Nazri menyatakan pandangannya dan begitu juga dengan Tun Dr Mahathir,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata, adalah agak terlampau untuk melabelkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sebagai rasis kerana beliau sudah banyak berjasa kepada negara dan masih mampu menyumbangkan idea.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO mengulas kenyataan Mohamed Nazri yang melabelkan Dr Mahathir sebagai rasis kerana mempertahankan modul kurikulum BTN.

Dr Mahathir sebelum itu berpendapat kerajaan tidak perlu terperangkap dengan permainan politik pembangkang sehingga perlu merombak modul kurikulum yang digunapakai BTN dan telah sekian lama dipraktikkan secara berkesan di Malaysia.

Mohd Sabri berkata, kursus BTN sengaja diperbesarkan pakatan pembangkang bagi mengalih perhatian rakyat daripada memperkatakan kemelut dan masalah kepimpinan yang kini berlaku dalam Pas khususnya di Kelantan.

“Pembangkang hadapi banyak masalah, pemimpin keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), isu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya.

“Oleh itu, mereka menggunakan BTN dan memperbesar-besarkan isu tersebut supaya rakyat lupa dengan masalah pembangkang dan tumpukan perhatian terhadap BTN,” katanya.

1 comments:

Salam ziarah dari saya, wah hebat blog awak, jom tukar2 link dengan saya, saya akan linkkan blog awak di mega link salam perjungan saya di http://asshafiee.blogspot.com

Jemput mai semua ke blog saya, macam2 ada di salam perjungan. di antaranya ialah Media Dakwah Islam, Pendidikan Islam, Isu Semasa, Soal Jawab Islam, Peribadi, Download Software, Mega Links dan Sebagainya

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan