Saya belum sempat jumpa Anwar: Teresa

Isnin, 14 Disember 2009

PUCHONG - “Masih terlalu awal untuk mengadakan perbincangan dengan Anwar,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Sim berhubung sebarang perbincangan hal ekonomi yang sudah dilakukan bersama Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dilantik 13 November lalu.

Anwar yang dilantik ke jawatan itu oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan bagi menarik pelabur dari negara Timur Tengah dan menjadikan Selangor sebagai hab kewangan.

Bagaimanapun dimaklumkan sehingga kini masih belum ada apa-apa perbincangan atau pelaksanaan dalam hal ekonomi di Selangor selepas pelantikan diadakan kira-kira sebulan lalu.

Teresa berkata, beberapa minggu kebelakangan ini beliau sibuk dengan sidang di Parlimen dan belum mempunyai ruang masa untuk bertemu dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

“Sekarang saya masih sibuk menghadiri sidang Parlimen jadi agak sukar untuk bertemu Anwar dan membincangkan sebarang perkara mengenai ekonomi di Selangor.

“Bagaimanapun sudah ada beberapa perancangan yang akan dibincangkan dan pertemuan terawal yang boleh dijangkakan adalah pada 19 Disember ini ketika Konvensyen Pakatan Rakyat diadakan,” katanya yang memaklumkan ia akan disertai Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

Teresa berkata, beliau percaya kadar pelaburan di Selangor akan meningkat dengan bantuan Anwar dalam bidang ekonomi.

“Beliau (Anwar) banyak ‘network’ dengan pelabur-pelabur asing dan juga pemimpin kerajaan di luar negara.

“Jadi saya percaya beliau sebagai penasihat ekonomi mampu rapatkan hubungan dan menarik pelabur asing terutama dari negara-negara Timur Tengah ke negeri ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis meraikan peserta berkhatan beramai-ramai di Masjid Darul Salam, Kampung Pasir dekat sini, semalam.

Teresa dalam perkembangan lain berkata, keadaan ekonomi di negeri mula menunjukkan peningkatan selepas dunia dilanda kemerosotan ekonomi beberapa bulan lalu.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan