Pemimpin Bermasalah Perlu Contohi Dr. Rosli Allani - Mahfuz

Rabu, 23 Disember 2009

Mengelak parti daripada terbabit masalah peribadi adalah lebih baik daripada membabitkan isu peribadi kepada parti. Dua situasi ini ada di Kelantan. - Nabila

ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Tindakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abd Kadir melepaskan semua jawatan dalam parti perlu dicontohi oleh semua pemimpin dan ahli.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan itu perlu dijadikan tauladan kerana pemimpin muda itu mengutamakan kepentingan parti mendahului kepentingan peribadi.

"Saya puji keputusan Dr Rosli yang cukup berani itu.

"Beliau tidak mahu hal peribadinya menjejaskan nama baik parti... saya cukup bangga dengan beliau," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan bekas Pegawai Khas Exco semalam yang melepaskan semua jawatan di dalam parti sehari selepas diperintahkan Mahkamah Tinggi Syariah agar tidak tinggal bersama isteri keduanya.

Keputusan itu dibuat beliau selepas kes perkahwinannya dengan Ilyani Mohd Noor, 30, mendapat liputan meluas media.

Ia berikutan permohonan bapa mertuanya, Mohd Noor Che Man, 58, seorang ahli perniagaan untuk membatalkan perkahwinan mereka kerana percaya perkahwinan yang berlangsung di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor pada 26 Disember 2008, tidak sah.

Selain itu, Mahfuz berkata sepatutnya semua ahli-ahli PAS terutamanya yang mempunyai jawatan dalam parti perlu mencontohi Dr Rosli yang bertanggungjawab.

"Saya ucap terima kasih kepada Dr Rosli kerana tindakannya itu boleh dijadikan contoh kepada kita semua dalam PAS," ujarnya.

Secara sinis beliau mahu anggota parti yang berjawatan melepaskan jawatan mereka jika ada masalah peribadi demi memelihara imej dan maruah parti.

Ditanya sama ada beliau secara tidak langsung mahu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman mencontohi tindakan Dr Rosli itu, beliau bagaimanapun menafikannya.

"Saya bercakap bukan untuk tujukan kepada sesiapa, bukan maksud nak tegur siapa-siapa.

"Saya hanya bercakap merujuk kepada kes Dr Rosli, itu sahaja," katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan