Peletakan jawatan Timb. Menteri Pelancongan berkuat kuasa hari ini

Isnin, 14 Disember 2009

KUALA LUMPUR 14 Dis. — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau telah bersetuju menerima peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib sebagai Timbalan Menteri Pelancongan atas alasan peribadi berkuatkuasa hari ini.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat setelah beliau berbincang dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga pengerusi Barisan Nasional Negeri.

"Walaupun demikian, YB Datuk Seri Sulaiman, akan terus kekal sebagai Ahli Parlimen Kota Samarahan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Datuk Seri Sulaiman atas segala jasa dan sumbangan beliau. Saya juga berharap beliau akan terus memberi sumbangan menerusi kedudukan beliau sebagai wakil rakyat Barisan Nasional,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. - Bernama

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan