PAS gesa Pahang dedah ahli lembaga pengarah GLC bermasalah

Ahad, 13 Disember 2009

Oleh Hashim Abdullah

KUANTAN, 12 Dis: PAS negeri Pahang mahu kerajaan negeri Pahang mendedahkan kepada umum ahli lembaga pengarah beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu yang didakwa mengalami kerugian sehingga menyebabkan krisis ekonomi di negeri itu.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beberpa anak syarikat kerajaan negeri termasuk Mentega Corporation, ASPA, PASDEC dan banyak lagi tidak menunjukkan prestasi yang baik malahan membebankan kerajaan kewangan negeri.

Kecewa dengan keadaan itu, beliau mahu kerajaan negeri melantik ahli lembaga yang mempunyai latar belakang pengurusan ekonomi yang terbaik dan berkelayakan dan bukannya meneruskan amalan melantik mereka yang terdiri dari ahli politik Umno semata-mata.



"Kita amat kecewa dengan prestasi syarikat kerajaan negeri yang kebanyakannya mengalami kerugian seterusnya membebankan kerajaan negeri .

"Sebab itu kita mencabar kerajaan negeri mendedahkan kepada umum ahli lembaga syarikat kerajaan Pahang supaya rakyat dapat menilai kedudukan mereka.

"Sebab itu kita mahu ahli lembaga yang berwibawa yang boleh membawa kemajuan. Bukan pilih dikalangan ahli politik yang kalah pilihanraya,” katanya pada sidang media di pejabatnya, disini, baru-baru ini.

Tambah Tuan Ibrahim kerajaan Pahang tidak sepatutnya mengalami krisis ekonomi seperti yang berlaku sekarang kerana negeri Pahang mempunyai sumber ekonomi yang banyak tetapi telah disalah urus oleh pemerintah yang ada.

“Negeri Pahang kaya dengan sumber balak, bijih besi, pasir , air, tiba-tiba kerajaan Pahang mengalami krisis ekonomi yang berpanjangan. Ini menunjukkan kegagalan dan kelemahan kerajaan Pahang pimpinan Umno mengurus dan merencana ekonomi.

“Kita percaya jika Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah negeri ini kita akan dapat mengurus ekonomi jauh lebih baik dan rakyat akan dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dari sekarang,” katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan