Guantanamo ibarat 'neraka dunia', kata tahanan Somalia

Selasa, 22 Disember 2009

Amerika adalah syaitan dunia, rakyatnya yang terbuka fikran kononnya masih jumud dalam hal ini. Sejarah membuktikan siapa sebenarnya yang dibuang di Amerika, bukankah mereka adalah penjenayah British? - Nabila

HARGEISA (Somalia): Seorang tahanan Guantanamo dari Somali yang baru pulang selepas lapan tahun meringkuk di penjara milik Amerika Syarikat itu menyifatkan Guantanamo ibarat 'neraka dunia' yang penuh dengan seksaan dan penderaan.

Mohamed Saleban Bare, yang tiba di tanah airnya di Hargeisa, Sabtu lalu berkata, beliau tidak bersalah untuk setiap pertuduhan sejak beliau ditahan di Pakistan pada 2001 sebelum dipindahkan ke Guantanamo melalui Afghanistan.

"Teluk Guantanamo seperti neraka dunia. Ia penuh dengan penderaan," katanya.

"Pada saat inipun saya belum pulih menjadi manusia biasa tetapi saya bersyukur kepada Allah kerana saya masih bernyawa.

"Saya bersyukur kerana saya sudah bebas daripada penderaan dan seksaan fizikal dan mental seperti rakan saya yang lain yang masih menghidapinya," katanya.

Bare, 44, adalah antara 12 tahanan Guantanamo dari Afghanistan, Yaman dan Somalia yang terbaru dihantar pulang ke negara masing-masing.

Bare bersama seorang lagi rakan senegaranya, Osmail Mohamed Arale, 45, dibebaskan sebelum pulang ke kampung halamannya di Hargeisa oleh anggota jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa.

"Beberapa rakan saya di dalam penjara itu hilang penglihatan, sesetengah hilang anggota badan dan ada yang sakit mental. Namun saya ok berbanding mereka," katanya.

Bare berkata, beliau ditahan di Karachi, pada Disember 2001, seminggu selepas Amerika Syarikat melancarkan kempen memerangi pengganas selepas peristiwa serangan 11 September di Washington dan New York.

Kira-kira empat bulan selepas itu, beliau dipindahkan ke penjara Amerika Syarikat di Kandahar dan Bagram di Afghanistan, sebelum ke Guantanamo. - AFP

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan